Jangan terkejut sekiranya anda baru tahu terdapat campuran emas yang terletak di cip processor komputer anda. Mengetahui bahawa bahan mentah ini mempunyai nilai yang tinggi, perusahaan ini telah mengumpul sejumlah besar komputer lama untuk dikitar semula. Berikut merupakan proses bagaimana longgokan komputer lama ini dikumpul seterusnya dikitar semula untuk dijadikan emas tulen.