Orang kita tidak kurang hebat dalam soal senireka terutama dalam usaha nak mencantikkan rumah masing-masing. Untuk artikel ini, saya nak mengetengahkan lampu kosong tanpa sebarang hiasan diberi garapan baru.

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

Menurut Faeza Rahim, idea asal menggunakan rim besi tayar basikal. Tetapi tidak dapat jumpa cari rim kerana kesuntukan masa, lalu menggantikannya dengan lampu ini.

Bahan hiasan lampu ini terdiri daripada alat perkakas makan dan memasak.

Kerangka lampu ditebuk lubang menggunakan alat drill.

Setelah lubang-lubang siap ditebuk, pasang semula untuk pastikan ia masih dalam kondisi baik dan berfungsi.

Kemudian, sudu, garfu, senduk dan rolling pin digantung di situ.

Warna silver berkilat begitu beri kesan sebagai hiasan lampu.

Pandangan dari bawah lampu. Cantik dan kreatif sesuai diletakkan di dapur. Gambar di bawah ini pula pandangan dari luar rumah. Menarik, kan.

Jika anda guna barang terpakai atau sedia ada di rumah, kosnya rendah. Jika guna barang baru, bajet dalam RM300 juga, bergantung pada bahan yang digunakan.

Terima kasih Faeza Rahim kerana sudi berkongsi perihal lampu ini dengan semua pembaca Vocket.

Anda Mungkin Suka