Bila sebut nama Sujimy Mohamad, mungkin ramai yang kurang mengenali beliau di Malaysia. Tetapi Sujimy sebenarnya merupakan salah seorang content creator yang sangat disegani di Singapura.

Sujimy baru-baru ini telah melawat Bosnia dan Sarajevo untuk melihat keindahan negara berkenaan. Namun, beliau terkejut apabila mendapati beliau mempunyai follower di Bosnia dan wanita berkenaan menjemput Sujimy untuk bertandang ke rumahnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nama individu berkenaan adalah Selma Osmanagic Pljevljak yang fasih berbahasa Melayu. Menurut Sujimy, Pada awal 1990an, semasa peperangan Bosnia, keluarganya menghantar Selma ke Malaysia untuk tinggal bersama keluarga Melayu di sana.

Keluarga Selma berbuat demikian atas faktor keselamatan kerana perang di Bosnia & Herzegovina yang tercetus pada tahun 1993 hingga 1996. Menurut Sujimy lagi, beliau berada di Malaysia selama 13 tahun dan kemudian menyambung 6 tahun lagi untuk pendidikan hingga di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Walaupun sudah meninggalkan Malaysia 10 tahun, kemahiran beliau untuk bertutur dalam Bahasa Melayu tidak pernah pudar. Beliau gembira dengan kehadiran Sujimy ke Bosnia kerana beliau dapat berturut Bahasa Melayu yang sudah lama tidak digunakan dalam kehidupan seharian.

Pengikut Sujimy ramai yang memuji layanan baik Selma ketika Sujimy datang melawat. Selma siap memasak makanan tradisi Bosnia buat Sujimy dan krewnya kerana menghargai kedatangan Sujimy ke Sarajevo.

Dalam video ini juga, Selma memuji keputusan Tun Mahathir Mohamed yang membuka pintu kepada rakyat Bosnia untuk mencari perlindungan di Malaysia ketika itu. Jika tidak, pasti lebih ramai yang mungkin terkorban dalam perang berkenaan, termasuklah Selma.

Beliau juga sangat bersyukur dapat menetap di Malaysia selama 13 tahun dan langsung tidak ada perkara negatif berlaku kepadanya dalam tempoh tersebut. Beliau juga sangat berterima kasih dengan keluarga angkatnya yang menjaga beliau dengan sangat baik ketika berada di Malaysia.

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Mendengar kisah Selma ini, baru kita akan rasa sangat bersyukur kerana negara kita tidak dilanda peperangan atau bergolak. Terima kasih buat Sujimy Mohamad untuk vlog yang awesome ini. Anda boleh ikuti kisah beliau yang lain di sini.

Selepas melihat video ini, anda pasti terpesona dengan keindahan Bosnia & Herzegovina. Ini beberapa artikel berkaitan negara ini sekiranya anda berminat untuk ke sana di masa akan datang.

Travel Ke Bosnia Tanpa Perancangan, Lelaki Ini Berkongsi 23 Gambar Menarik

18 Info Tidak Popular Bosnia Yang Diceritakan Penduduk Tempatan Kepada Aku

Lihat Kesan Perang Sewaktu Travel Ke Bosnia Mengajar Saya Perkara Mahal Tentang Hidup