Bagi penggemar kopi, tidak lengkap rasanya jika hari tidak dimulakan dengan secangkir kopi. Bagaimanapun secara umum, tak semua orang rajin untuk mengisar biji kopi sendiri pada setiap pagi.

Oleh itu, melainkan anda memang seorang coffee enthusiast, anda pasti tergolong dalam kalangan mereka yang memiliki serbuk kopi yang hanya perlu ditambah air panas dan sedikit gula atau susu sebelum dinikmati.

Tidak kiralah jika kopi tersebut dibuat daripada serbuk kopi yang dibeli atau dikisar pada setiap pagi, kalau sudah kena dengan tekak, pasti sedaplah rasanya. Dengan aromanya yang memikat ditambah pula dengan kafein sebagai sumber tenaga, tanpa kita sedari terdapat juga sedikit ‘sumber protein’ yang turut terselit di dalamnya.

Akan tetapi, sumber protein ini hanya terdapat dalam serbuk kopi yang sudah dikisar sebelum dijual dan tidak terdapat pada biji kopi yang harus dikisar sendiri. Bagi yang tertanya-tanya apakah sumber protein yang tersirat itu, jawapanya adalah lipas, serangga perosak yang sering berlari-lari disekitar rumah anda.

@dr.karanr

Coffee & cockroaches #coffee #bug #learnontiktok #schoolwithdrkaran #sciencefacts

♬ Steven Universe – L.Dre

Berdasarkan perkongsian yang telah dibuat oleh Dr. Karan menerusi aplikasi Tiktok, serbuk kopi yang telah dikisar dan dijual di pasaranya umumnya dikisar sekali bersama-sama lipas dan beberapa serangga lain.

Difahamkan, berita tentang lipas di dalam serbuk kopi ini bukanlah perkara yang baru. Hal ini sudah pernah dibongkarkan oleh Dr. Dauglas Emlen, seorang profesor biologi dari University of Montana menerusi temubualnya bersama NPR pada tahun 2009.

Memetik laporan yang ditulis oleh sebuah portal media, hal ini diketahui oleh Dr. Douglas ketika beliau berada di dalam perjalanan menuju ke tempat kajian bersama profesornya pada pengakhiran tahun 80’an.

Beliau yang pada ketika itu merupakan seorang pelajar terpaksa mengambil jalan yang jauh ketika memandu kerana profesornya ingin membeli kopi yang dibuat dari biji kopi yang harus dikisar sendiri.

“Pada ketika itu kedai kopi seperti Starbucks masih belum ada dan profesor saya memang cukup ketagih dengan kafein. Oleh itu, beliau harus meminum kopi pada setiap jam,” katanya.

“Disebabkan itu, kami terpaksa memandu selama 45 minit hanya untuk mencari kedai kopi yang menjual kopi yang dibuat dari biji kopi segar,”

“Pada ketika itu saya agak sedikit marah kerana harus mengambil jalan jauh hanya untuk membeli kopi. Jadi profesor saya pun menceritakan sebab kenapa beliau hanya boleh minum kopi dari biji kopi yang dikisar segar dan puncanya adalah lipas,” jelas Dr. Douglas.

Dr. Douglas menceritakan bahawa bekas profesor beliau merupakan seorang pakar entomologi, iaitu seorang pengkaji serangga. Disebabkan beliau harus mengkaji serangga seperti lipas untuk bertahun-tahun lamanya, beliau akhirnya menjadi alergik kepada lipas.

“Profesor saya tidak boleh pegang lipas pun dan disebabkan itu, beliau tidak boleh minum kopi dari serbuk kopi yang dijual dipasaran kerana menurutnya, serbuk kopi tersebut mengandungi lipas yang telah dikisar bersama,” jelasnya.

FILE PHOTO: Roasted coffee beans are seen on display at a Nestle Nespresso event in Paris

Difahamkan, serbuk kopi yang dijual secara umumnya akan dikumpulkan sebelum dikisar dan diletakkan di dalam bekas. Oleh itu, banyak serangga seperti lipas contohnya yang terperangkap bersama-sama biji kopi yang telah dikumpulkan itu.

Disebabkan itu juga, agak sukar bagi mereka untuk menapis biji-biji kopi tersebut yang kini telah pun dipenuhi lipas dan serangga lain. Hal ini secara tidak langsung tidak memberikan mereka pilihan yang lain selain memanggang dan mengisar biji kopi tersebut bersama lipas dan serangga lain yang ada di dalamnya.

Dalam pada itu, Dr. Douglas turut menjelaskan Food and Drug Administration (FDA) dari Amerika Syarikat telah pun meletakkan syarat yang membenarkan hanya sepuluh peratus dari serangga dan kotoranya yang boleh ada pada serbuk kopi.

Apabila mengetahui tentang perkara ini saya jadi tertanya-tanya, adakah serpihan-serpihan lipas itu yang memberikan rasa ‘lemak’ pada kopi?. Apa pun, lipas difahamkan mempunyai kadar protein yang tinggi. Oleh itu, anda bolehlah terus meminumnya kalau inginkan sedikit ‘protein tambahan’.

Bercakap tentang lipas, ingin tahu bagaimana caranya untuk menghapuskan lipas dalam kereta dengan modal yang murah? Klik pada pautan di bawah untuk membaca!

Hanya Bermodalkan RM8, Lelaki Ini Kongsikan Cara Hapuskan Lipas Dalam Kereta

Tinggalkan Najis Dan Bil Tidak Berbayar, Tuan Rumah Dedah Sikap ‘Penyewa Dari Neraka’

Anda Mungkin Suka