Mariah Carey adalah Ratu Krismas. Jika menyambut Hari Raya Aidilfitri, tidak sah jika lagu Selamat Hari Raya yang didendangkan oleh Saloma tidak diputarkan. Hilang mood untuk menyambut hari raya.

Begitulah juga ketika sambutan Hari Krismas. Hal ini sama dengan lagu ‘All I Want for Christmas is You’ yang dinyanyikan oleh Mariah Carey telah menjadi lagu natal paling popular pada era moden.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Pada 16 Disember 2019 lagu ini telah berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Billboard Hot 100 setelah 25 tahun dikeluarkan malah ia menjadi lagu paling banyak didengar secara streaming di Spotify (telah dimainkan sebanyak 602 juta kali) semasa hari Krismas. Lagu ini juga telah ditonton sebanyak 626 juta kali di YouTube.

Mariah Carey YouTube

Graf ‘streaming’ All I Want For Christmas Di YouTbe pada tahun 2018

Semenjak ‘All I Want for Christmas is You’ dikeluarkan pada tahun 1994, Mariah Carey dikhabarkan telah menerima royalti lebih daripada USD60 juta (~RM248 juta) hanya untuk satu lagu ini sahaja. Royalti ini diterima daripada jualan single, radio, pusat membeli belah dan sesiapa sahaja yang memutarkan lagu ini di tempat awam. Mengapa Mariah Carey turut menerima royalti untuk lagu ini?

Ini kerana Mariah merupakan co-writer dan co-producer untuk lagu ini yang dihasilkannya bersama composer Walter Afanasieff pada 1994. Sejak lagu ini dilancarkan pada 29 Oktober 1994 dalam album Mariah Carey ‘Merry Christmas’, lagu ini telah mencapai status legendary dan disifatkan sebagai antara lagu krismas moden terbaik pernah dihasilkan.

Lagu ini menjadi pilihan wajib dimainkan bersama lagu lain seperti Jingle Bell rock, Let It Snow dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lagi anda boleh menonton dokumentari beliau yang baru keluar di Amazon Music dan YouTube. Di sini saya juga mengucapkan selamat hari Natal untuk sahabat saya yang beragama Kristian.

P/S: Bonus. Sebuah lagi lagu Krismas moden yang popular dan ramai boleh sing along adalah Last Christmas nyanyian kumpulan Wham!, kumpulan yang dianggotai penyanyi George Michael sebelum beliau bergerak secara solo.

Bercakap tentang Krismas, anda boleh melawat LEGOLAND Malaysia untuk melihat pokok krismas terbesar yang diperbuat daripada LEGO serta menyertai pelbagai aktiviti akan berlangsung di sana sehingga akhir tahun ini.

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Melawat LEGOLAND Sebelum Berakhirnya 2019

6 Destinasi Awesome Untuk Percutian Musim Sejuk Anda

Artikel di atas disumbangkan oleh Salman Sazali. Beliau merupakan Sukarelawan Kindness Malaysia yang suka membaca dan mengembara. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka