Siapa yang dah tengok ‘Captain Amerika: Civil War’ pasti nampak impak besar yang dimainkan Spider-Man dalam filem ini. Kalau belum tengok tu, boleh la baca review kami tentang filem ini di sini. Manalah tahu, lepas baca review baru nak ke panggung wayang.

Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini tentang watak-watak Marvel yang bukan lagi milik Marvel kerana masalah hak cipta, Marvel tiba-tiba berjaya mendapatkan kembali watak Spider-Man dan terus memasukkan Spidey ke dalam filem Captain Amerika. Power!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

spiderrrrr

Jadi untuk mengetahui cerita bagaimana Spidey boleh kembali dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), lihat video di bawah. Secara ringkasnya, Spider-Man kembali ke MCU setelah mendapat persetujuan bersama antara Sony Pictures dan Disney tentang penggunaan watak Spider-Man ini. Perjanjiannya adalah Marvel bertanggungjawab untuk memberi input kreatif untuk jalan cerita filem Spider-Man yang akan datang untuk Sony Pictures. Mungkin filem Spidey Sony Pictures yang akan datang turut dilakonkan oleh Tom Holland? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sumber