Luahkan kreativiti anda!

Siapa kata saiz kecil menjadi penghalang untuk anda memiliki sebuah rumah yang cantik? Sebuah rumah dengan satu bilik tidur pun dapat menampung dekorasi berani yang berwarna terang. Designer, Nick Olsen memperkenalkan warna-warna terang untuk satu pangsapuri kecil dalam sebuah bangunan Art Deco yang glamor.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Ruang Tamu

Dalam ruang tamu pangsapuri di Manhattan ini, dinding dicat menyerupai sengkuap (awning) kafe. Latar belakang ini sama menarik digandingkan dengan gabungan warna menjolok mata, dan koleksi lukisan kontemporari pemilik. Meja konsol kuning dicat dengan lakuer gloss tinggi Benjamin Moore yang berasaskan minyak. Kerusi China pula dilapik oleh kusyen daripada fabrik vintaj Yves Saint Laurent. Kerusi dengan rangka sudu pula di dalam fabrik Vesuvius dari Clarence House.

Permaidani Morocco yang dihamparkan, harmoni dengan warna-warna berani yang lain di ruang tamu. Sofa ditempah khas di Carlyle, dan bantal dibaluti oleh fabrik Jaguar dari Clarence House. Ruang tamu ini turut dihiasi oleh langsir jenis ‘Ikat’ dari Inshala Imports dan lampu meja dari Christopher Spitzmiller.

Dapur

Kabinet dapur yang sedia ada dalam apartmen ini dikemaskan menggunakan lakuer  Benjamin Moore Black, diserlahkan lagi dengan pemegang diperbuat oleh nikel dari Hamilton Sinkler. “Ini adalah dapur versi Hollywood,” kata Olsen. Tirai Venetian (Venetian Blind) oleh Manhattan Shade & Glass, dengan kemasan tepi zig-zag oleh Samuel & Sons. Peti ais pula dari GE jenis Profile.

Laluan masuk

Laluan masuk pangsapuri ini juga berfungsi sebagai ruang makan dan perpustakaan. Untuk keseimbangan ruang, Olsen menggunakan cat Fine Paints of Europe Hollandlac Brilliant dalam warna tulip merah untuk dinding dan siling. Tiga buah kerusi kulit gaya Louis XVI menambahkan rasa formal dalam ruang ini.

BACA:

10 Inspirasi Ruang Tamu Dan Laluan Pintu Masuk Yang Menggembirakan

Bilik tidur

Olsen mereka bentuk headboard katil kulit gaya Moorish dalam warna merah berkilat dengan kemasan tepi berwarna lavendar, kontras kepada dinding yang berwarna biru Navy yang menggunakan cat Europe Eurolux Interior Matte. Meja kerja gaya Directoire juga bertindak sebagai meja tepi. Kerusi vintaj dibaluti baldu dari Global Leathers dan cadar dari Frette.

Langsir

Langsir dan terendak lampu berwarna lavender menambahkan kelembutan kepada palet warna yang maskulin.

Pintu baldu

Baldu biru dan kemasan dari kepala paku nikel menghiasi pintu bilik yang unik ini.

BACA Lagi:

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka