Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Raihan Hamiza Jalaludin, dan dikongsikan oleh Fazly Hafiz Yahaya di Facebook beliau. Nota ini amat berguna sehinggakan telah menjemput 42 ribu orang menekan butang share! Terima kasih kepada Tuan Fazly kerana sudi membenarkan kami berkongsi tip hebat ini di The Vocket.

Menebus Mata Ganjaran Astro

astro-circle
Gambar oleh Daiflora.

Saya nak kongsi ilmu. Kali ini pasal ASTRO.

Saya baru lepas redeem buku nota bersaiz A5 3 buah. Nak buka sekolah dah kan, dan satu soft toy menggunakan point Astro.

Sebelumi ni tak pernah pun redeem. Tahun ini baru mula belajar redeem.

Oklah, walaupun barang tak seberapa sangat, jadilah. Asalkan boleh berjimat. Janji FREE.

Yang ada akaun Astro tu, jangan lupa redeem point ya. Nanti dilupuskan pula point tu, rugi. Macam-macam ada.

Tengok kat Astro Circle ok! Kalau tak ada akaun Astro Circle, bukalah satu! Lagi tinggi bil kita lagi banyaklah point kita. Macam-macam ada. Tiket percuma, free channel, soft toy, buku, t-shirt, pen drive dan lain-lain.

Kaedahnya:

  1. Pegi ke link ini: Astro Circle

  2. Kemudian wujudkan ID (jika tiada). Kena daftarlah. Masukkan nombor akaun Astro (rujuk bil), dan maklumat-maklumat lain.

  3. Nanti point kita akan dipaparkan. Bolehlah cuci mata tengok katalog nak tebus apa.

  4. Klik pada barang yang hendak ditebus. Masukkan alamat untuk pos barang. Send! Tunggulah barang sampai di depan pintu rumah.

Ditulis oleh: Raihan Hamiza Jalaludin

BACA: Bagaimana Tuntut Rebat Daripada TM Apabila Berlakunya Gangguan Internet

BACA: 5 Cara Selamatkan Caj Data Roaming Anda Daripada Bil Melambung Tinggi Semasa Travel

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram