29 Mei, hari ini dalam sejarah. Lebih 500 tahun dahulu Islam semakin berkembang di wilayah Anatolia dan di sekitarnya, begitu juga pengaruh dan penguasaan Daulah Uthmaniyyah yang semakin meningkat berbanding kerajaan Seljuk yang ketika itu semakin lemah.

Mereka juga adalah salah satu peneraju sistem Khilafah yang bukan berbangsa Arab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi Adakah Islam Itu Harus Diterajui Oleh Bangsa Arab Sahaja?

Begitulah tahun demi tahun silih berganti, begitu juga amanah sebagai seorang sultan semakin berat dek kerana wilayah yang berjaya dibuka semakin berkembang di bahagian Balkan, Eropah dan juga asia.

Namun janji Rasulullah melalui sabda Nabi saw ketika perang Khandaq masih belum lagi terlaksana.

Lahirnya seorang putera bernama Mehmed II bin Murad II melalui ibu kandungnya Huma Hatun yang solehah dan berwawasan tinggi. Aktif dan lasaknya Mehmed II ketika kecil telah berjaya didisiplinkan oleh gurunya Syeikh Molla Gurani.

Berkat ketegasan guru-gurunya dan kecerdikan yang dianugerahkan kepada Mehmed, baginda genius dalam bidang matematik, fasih berbicara dalam 9 bahasa dan juga seorang yang mahir dalam sejarah Islam.

Tambahan pula, baginda turut mahir dalam ilmu sains ketenteraan dan bidang geografi khususnya sekitar kota Konstantinopel kerana dirinya telah bertekad sepenuh hati untuk membuka kota tersebut dengan tangannya sendiri.

Benteng Rumeli atau dalam bahasa Turkinya dipanggil Rumeli Hisarı.
Keghairahan Sultan Mehmed II yang merupakan sultan yang ke-7 dalam merealisasikan sabda Nabi saw, baginda telah mengarahkan pasukannya untuk membina Benteng Rumeli bertentangan dengan Benteng Anadolu yang telah dibina oleh moyangnya.

Begitu juga baginda adalah orang pertama yang telah membuat inovasi baru iaitu meriam balistik untuk menghancurkan tembok kota Konstantinopel yang mempunyai 3 lapisan melalui bantuan seorang rakyat Hungary yang bernama Urban.

Sultan Murad II
Benteng Rumeli
Replika Meriam Urban

Hampir sahaja pasukan tentera Sultan Mehmed II ditumpaskan akibat pasukan tentera laut yang diketuai Baltaoğlu Süleyman Beğ disebabkan tidak mampu menahan serangan 3 kapal gergasi melalui bantuan luar kota Konstantinopel.

Namun dengan pantas Syeikh Aksyamsuddin menyanggah keputusan untuk berundur yang mula bersarang di dalam hati Mehemmed dan tentera muslimin.

Jesteru itu, Syeikh Aksyamsuddin cuba mengembalikan semangat dan visi Sultan Mehmed II melalui sepucuk surat.

Kalimah demi kalimah baginda membacanya, baginda mulai sedar akan kelemahannya dan terus kembali kepada pasukan kaum muslimin untuk memberikankhutbah yang terakhir dan menyusun kembali strategi.

Mereka mengumpul kembali semangat dan memperbaharui niat untuk ke kota yang menawarkan penghormatan baginda.

“Sama ada kita menang atau syahid !”

Baca: Bagaimana Celik Geopolitik Bantu Kerajaan Uthmaniyyah Bina Hubungan Dengan England

Sultan Mehmed II bersama bala tenteranya
Surat Daripada Syeikh Akshamsuddin kepada Sultan Mehmed II

Pengepungan bermula pada 5 April 1453 sehingga mengambil masa selama 53 hari lamanya. Hari ke-53 merupakan hari terakhir pengepungan, Sultan Mehmed II dan bala tenteranya menggempur musuh dengan penuh keberanian sehingga tercatat di dalam sejarah dunia.

Rantai yang telah ditegangkan antara Galata dan Sarayburnu telah pun berjaya dipecahkan selepas kapal-kapal perang Mehmed berjaya menyeberanginya melalui jalan darat dan berlabuh di selat Haliç atau ‘Golden Horn‘.

Pada 29 Mei 1453, hari Selasa selepas selesai solat Fajr, serangan bertubi-tubi dikenakan oleh pasukan Sultan Mehmed II. Terdapat seorang pahlawan Uthmaniyyah yang bijak dan berani telah berjaya meloloskan diri masuk ke dalam benteng kota itu.

Tanpa berlengah Hasan Ulubatlı telah memanjat menara benteng Kota Konstantinopel.

Seorang pahlawan Uthmaniyyah, Hasan Ulubatlı berjaya mengibarkan dan memacakkan panjji Uthmaniyyah di salah satu kubu benteng Kota Kostantinopel.

Walaupun begitu ramai askar Byzantine cuba menghalang Hasan, namun beliau berjaya memacakkan panji Islam di situ. Akhirnya beliau syahid dengan 7 panahan yang tertusuk di tubuhnya.

Selepas melihat panji Uthmaniyyah di menara benteng tersebut, maka bersemangatlah tentera muslimin dan mereka berjaya merempuh masuk dan membuka Kota Konstantinople yang sudah lama dijanjikan kebebasannya oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W semasa perang Khandaq.

Ilustrasi penggempuran ketika pembukaan Kota Kostantinopel oleh Fatih Sultan Mehmed II di Muzium Panorama 1453

Ketika pembukaan kota ini, Maharaja Rom ketika itu berusaha melarikan diri tetapi telah terbunuh sewaktu huru-hura tersebut. Sultan Mehemmed II serta tentera-tenteranya yang taat berjaya memasuki kota itu dengan laungan Takbir.

Melalui pembukaan kota inilah, baginda telah digelar dengan panggilan Fatih Sultan Mehmed II.

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”
(Surah An-Nasr ; ayat 1-3)

Shafiq Shafie
Research & Development Jejak Uthmaniyyah

Baca lagi: Inilah Bukti Hubungan Erat Empayar Uthmaniyyah Dan Kerajaan Melayu Satu Ketika Dulu