Bagaimana rasanya bila perlu berpuasa di musim panas, apatah lagi bila matahari memancar 24 jam, sepanjang hari? Inilah yang dilalui oleh Hind Jawab dan keluarga beliau serta sebilangan komuniti Muslim yang menetap Lingkaran Artik, lebih tepat di Tromso, Norway.

Midnight Sun adalah fenomena alam yang terjadi pada musim panas (summer) di Lingkaran Artik (kutub utara) di mana matahari masih memancar sepanjang hari. Di Tromso, fenomena Midnight Sun ini berlaku di bulan Jun dan Julai.

Dianggarkan kini terdapat lebih 1000 Muslim menetap di Tromso dan majoriti daripada mereka adalah pelarian perang. Ikuti kisah bagaimana mereka berpuasa di sepanjang Ramadan kali ini di dalam video di atas.

Baca lagi: Pelajar Malaysia Kongsi Pengalaman Berpuasa 20 Jam Sehari Di Perantauan