Productivity is never an accident. It is always the result of a commitment to excellence, intelligent planning, and focused effort.“-–Paul J. Meyer.

Produktiviti membezakan bagaimana orang-orang di dunia ini menggunakan 24 jam sehari yang dijalaninya setiap hari. Penekanan produktiviti ini lebih diambil berat oleh mereka yang sibuk menjalankan urusan kerja dan aktiviti untuk mencapai kejayaan atau sesuatu matlamat. Produktiviti hanya terhasil apabila seseorang itu memberi commitment yang tinggi dan sentiasa fokus untuk menjayakan perancangannya.

Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa adalah selebriti dan usahawan muda yang sering menekankan kepentingan produktiviti di status dan post laman media sosialnya. Melihatkan kesibukannya di dalam mengendalikan urusan perniagaan dan seni hiburan serta pengacaraan, dia turut mengimbangi kehidupannya dengan aktiviti keagamaan, kecergasan, kebajikan, relaxation dan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan.

Bagaimanakah dia melakukan pelbagai perkara di dalam satu hari? Salah satu cara Neelofa meningkatkan produktiviti adalah dengan menukarkan tenaga negatif seperti marah dan kesakitan kepada kerja-kerja produktif.

“… saya telah cuba untuk menggunakan teknik ini dan cukup benar, saya menjadi kurang cenderung untuk memberi kebenaran kepada orang lain untuk membuatkan saya marah. Mengetahui hakikat bahawa perasaan marah pada seseorang hanya akan merosakkan HARI anda, bukan ORANG yang menimbulkan kemurkaan anda itu, saya percaya ia akan merangka semula perspektif anda.”

BONUS Ini 11 tip meningkatkan produktiviti gaya co-founder dan CEO yang boleh dicuba oleh Neelofa dan anda:

1. Airplane Days

Selepas menyedari dirinya boleh menyelesaikan kerja dalam kondisi terbaik di dalam perjalanan jarak jauh, Bryan Guido Hassin yang merupakan seorang profesor universiti dan start-up junkie telah mewujudkan ‘Airplane Days’.

‘Airplane Days’ berfungsi dengan penetapan syarat semua akses internet, gangguan, dan perkara yang mengharubirukan disekat. Tumpuan hanya diberikan kepada perkara yang memerlukan keutamaan yang tinggi.

“Pada setiap awal minggu, saya berhati-hati melihat jadual saya dan mengisytiharkan satu hari (atau dua setengah hari) untuk menjadi ‘Airplane Time’. Saya halang ia keluar pada kalendar kongsi saya dan memperlakukannya seolah-olah saya berada di udara:

Bekerja di luar pejabat, mematikan telefon saya, dan mematikan sambungan rangkaian pada komputer riba saya. Selebihnya hari-hari untuk mesyuarat, dan lain-lain, tetapi hari yang dihalang inilah paling produktif saya setiap minggu setakat ini.”

2. Kawal Gangguan Di Facebook

Roman Grigorjev, Ketua Yeti di GuessMate.me menggunakan kemudahan menguruskan senarai Friends di Facebook dengan memilih rakan-rakan yang mahu kurang diikuti dimasukkan ke dalam senarai Acquaintances. Dengan tindakan tersebut, dia tidak ketinggalan dengan info dari rakan-rakan di News Feed Facebook dan mengurangkan masa scrolling.

“Klik pautan ini. Ia akan membawa anda ke laman di mana anda boleh pindahkan semua orang dari ‘rakan’ ke ‘kenalan’. Anda masih akan dapat updates, tetapi bukannya status ‘check out what I ate for breakfast,’ anda akan ditunjukkan status yang paling penting, contoh maksimum 2-5 status sehari dari beratus-ratus rakan anda. Itu akan menjimatkan lebih banyak masa dan buatkan anda menjadi 5-10 kali lebih produktif.”

3. Tiada Mesyuarat Hari Rabu

Tip ini diberikan oleh Dustin Moskovitz, pengasas bersama dan CEO Asana dan pengasas bersama Facebook. Ia diadaptasi dari budaya kerja Facebook.

“Dengan sedikit pengecualian, sama ada anda seorang pembuat atau pengurus, kalendar setiap orang akan dikosongkan sekurang-kurangnya satu hari dalam satu minggu itu.” Beliau seterusnya menjelaskan, “Ini adalah satu alat yang tidak ternilai untuk memastikan anda mempunyai sedikit ruang berdampingan dengan melakukan kerja-kerja projek. Bagi saya secara peribadi, selalunya ada satu hari setiap minggu saya dapat kod.”

4. Kerja Lewat Malam Hari Ahad

Ramai orang bekerja menganggap hari Isnin sebagai ‘Monday Blues’. Dengan kaedah yang diamalkan oleh Bharath Kumar, pengasas bersama Pugmarks.me, hari Isnin akan menjadi lebih hebat.

“Keluarga telah tidur. Mereka fikir hujung minggu sudah berakhir. Pagi Isnin masih belum datang. Bekerja malam Ahad, atau sekurang-kurangnya sehingga 3 pagi. Anda akan mendapat sekurang-kurangnya 4 jam yang sangat produktif, bertimbang rasa, masa tidak terganggu tanpa jangkaan. Apabila anda dapat melakukan kerja pada malam Ahad, Isnin anda akan menjadi hebat. Anda bertemu rakan-rakan dengan keyakinan, dan boleh melakukan mesyuarat untuk merancang minggu depan – semua bersenjatakan malam yang produktif.”

5. Peraturan Dua Minit

Christian Sutardi, pengasas bersama Lolabox menggunakan kaedah terkenal David Allen iaitu ‘Peraturan Dua Minit’.

“Kini selama dua bulan saya telah mengikuti ‘Peraturan Dua Minit’ oleh David Allen. Ia amat mudah. Apabila tugas baru datang dan saya melihat bahawa saya boleh melakukannya dalam masa kurang daripada dua minit, maka saya akan melakukannya sekarang. Peraturan yang mudah ini meningkatan banyak produktiviti saya. Saya sukakannya kerana ia bukan satu peraturan yang sukar, ia tidak mewah atau perlu menggunakan aplikasi perisian, ia tidak memerlukan pembelajaran atau dedikasi dan anda boleh mula melakukannya hari ini.”

6. Masa Emas

Kenalpasti bilakah masa emas anda. Apabila sudah tahu masa emas, anda perlu lindunginya dengan apa sahaja.

Ini telah dijelaskan oleh jurulatih jualan, Jason Kanigan. Menurutnya, masa emas itu perlu dilindungi daripada sebarang gangguan. Kemudian ‘Eat That Frog’ – pilih yang paling besar dan paling susah yang menjadi penghalang antara anda dan jalan ke arah kejayaan. Selepas itu terus lakukannya sekarang pada masa emas anda.

Keputusan yang kecil ini akan memberi impak kepada pengalaman hidup anda secara majoritinya seperti mana peraturan 80/20. Maka, aktiviti-aktiviti yang dipilih akan memberi pencapaian yang besar.

7. Ritma Ultradian

Kaedah ini lebih kepada psikologikal. Ritma Ultradian adalah kitaran semulajadi badan di mana badan dan minda akan beri tanda mahukan rehat dan perubahan aktiviti fizikal dan mental pada setiap 90 – 120 minit sehari.

Pengabaian tanda tersebut akan menyebabkan berlakunya keletihan, tekanan dan kesakitan fizikal. Ritma ini merupakan masa untuk kita berehat sebentar dan membantu meningkatkan produktiviti.

“Secara asasnya anda perlu: mengenalpasti tanda – dengar diri anda – beri masa untuk penyegaran dan kebangkitan” kata Ivan Staroversky, seorang kaunselor, psikoterapi, jurulatih NLP dan Lifehacker.

8. Tema Harian

Tema harian atau daily theme ini diamalkan oleh Jack Dorsey, CEO dua syarikat besar iaitu Twitter dan Square. Dorsey perlu bekerja di dua buah syarikat selama 8 jam setiap satu dari Isnin hingga Jumaat yang meliputi 80 jam dengan 5 hari bekerja.

Maka, tema harian amat memainkan peranan penting dalam urusan harian Dorsey di mana dia memperuntukan hari Isnin untuk pengurusan, Selasa untuk produk, Rabu untuk pemasaran dan komunikasi, Khamis untuk pembangunan dan kerjasama, Jumaat untuk syarikat dan budaya dan merekrut.

Manakala, hujung minggu pula untuk rehat di mana hari Sabtu Dorsey akan melakukan perkara yang disukainya dan Ahad untuk refleksi, maklum balas, strategi dan bersedia untuk minggu seterusnya.

9. Kod Warna

CEO VMWare Patrick Gelsinger mengunakan kod warna di dalam jadualnya. Dia menandakan warna turquoise apabila ada perjumpaan atau mesyuarat dengan pelanggan atau rakan kongsi, warna ungu jika jumpa pihak media atau pelabur, dan warna kuning untuk ulasan strategi.

10. Tarikh Akhir Maklum Balas

Pengasas bersama Birchbox, Katia Beauchamp menetapkan setiap pekerjanya meletakkan tarikh akhir untuk beri maklum balas di dalam email walaupun ia satu soalan yang mudah. Ini kerana Beauchamp boleh menyusun keutamaan untuk respon email-email apabila mengetahui tarikh akhir tersebut.

“Ia membuatkan keutamaan menjadi lebih cepat.” kata Beauchamp.

11. Rancang In-Advance

Carlos Ghosn, CEO dan pengerusi untuk tiga buah syarikat besar di tiga buah negara menyatakan jadualnya telah dirancang untuk satu tahun ke hadapan.

Ghosn CEO Nissan, dan Renault dan pengerusi pembuatan kereta Rusia, AvtoVaz:

“Saya tahu dengan tepatnya di mana saya akan pergi, apa yang akan saya lakukan untuk 15 bulan akan datang,”…”Ia bukan sahaja untuk saya, ia terutamanya adalah untuk orang yang bekerja untuk saya. Mereka tahu bila saya akan berada di Tokyo, bila saya akan berada di Paris, bila saya akan berada di New York, maka mereka dapat menjaga kepentingan mereka.”

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤