10 tahun dahulu kita dikecohkan dengan berita pertandingan menangkap anjing liar yang melibatkan orang awan di mana pertandingan ini didakwa boleh mendatangkan bahaya kerana tiadanya kemahiran menangkap dan dikhuatiri taktik yang digunakan boleh menimbulkan kekejam terhadap anjing. Seperti biasa, di Malaysia ‘anjing’ merupakan isu yang agak sensitif, dan perkara ini turut tidak terlepas dari menjadi bahan kecaman.

Beberapa hari yang lalu, isu ‘anjing’ sekali lagi mencuri tumpuan rakyat jelata di media sosial. Masing-masing memberi hujah dan pendapat sendiri termasuklah mufti dan para ustaz. Baik atau buruk penerimaan itu bergantung kepada tahap pemikiran individu itu sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya perhatikan, asalkan timbul sahaja isu ‘anjing’, ramai betul yang cepat terjentik. Tak pasti sama ada mereka ini tergolong dalam penghidap Cynophobia atau tidak, terutama kepada anjing liar.

Menurut kajian, populasi anjing liar ini sama sebagaimana populasi manusia, haiwan dan tumbuhan. Ia bergantung kepada kemudahan persekitaran terutama makanan, air dan tempat berlindung. Dengan wujudnya kemudahan tersebut di sesuatu kawasan, maka satu populasi anjing liar juga akan wujud.

Dengan keselesaan hidup dan peredaran masa, pewujudan populasi anjing liar ini akan diikuti oleh pembiakan dan pertambahan bilangan menghasilkan saiz populasi anjing liar yang besar. Faktor pertambahan populasi anjing liar pula disemarakkan lagi oleh kegagalan tuan punya anjing peliharaan mencegah pembiakan anjing di mana anak anjing yang dilahirkan oleh anjing peliharaan dibuang menjadi anjing liar. Kesimpulannya, manusia juga merupakan salah-satu penyumbang kepada faktor tersebut.

Tak kiralah anjing atau haiwan apa sekalipun, asal mendapat makanan yang cukup sudah memadai. Sebabnya, anjing ini bila lapar mulalah mereka terpaksa menyelongkar tong sampah mencari makanan. Itu yang buat nampak liar dan jahat. Saya tertarik dengan cara sebuah syarikat di Turki menyelesaikan masalah ini.

dvm1

Di Istanbul, Turki, mereka memperkenalkan mesin layan diri yang menyediakan makanan untuk anjing sesat dan terbiar. Konsep yang digunakan juga sangat bagus, dimana anda hanya perlu meletakan botol-botol minuman untuk dikitar semula dan makanan untuk anjing dan kucing terbiar akan keluar. Mudahkan? Tak perlu guna duit untuk beri anjing makan, hanya perlu masukan sampah untuk dikitar semula.

Dengan cara ini, keuntungan yang dihasilkan dari botol kitar semula ini boleh digunakan untuk menampung kos makanan haiwan tersebut. Jadi, mesin ini boleh berfungsi secara ekonomi dan sudah semestinya mesra alam. Semua orang dapat manfaat.

Buat pengetahuan anda, Istanbul memiliki bilangan anjing dan kucing terbiar yang sangat banyak. Kira-kira sebanyak 150,000 jumlah anjing terbiar yang ada di bandar Istanbul. Tapi disebabkan kepandaian, tenang sahaja mereka cari solusi untuk masalah ini.

anjing

Beri makanan kepada anjing terbiar memang kelakuan terpuji. Tapi, tak semua negara boleh buat begitu. Contohnya di Mumbai, India, terdapat beberapa kawasan yang menetapkan peraturan untuk ‘tidak memberi anjing makan’ . Ia diangap sebagai satu kesalahan dan boleh dikenakan denda.

Sama juga seperti di Alor Setar. Orang awam yang memberi makanan kepada anjing liar sewenang-wenangnya boleh dikenakan tindakan kerana dikhuatiri menggalakkan pembiakan tanpa kawalan haiwan itu.

Menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad , individu yang tidak memiliki lesen anjing tetapi membela dan memberi haiwan itu makanan boleh dikenakan kompaun. Berdasarkan kesalahan membela anjing tanpa lesen, individu terlibat boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 kerana melanggar syarat ditetapkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Bila dipertimbangkan, elok juga wujud undang-undang sebegini. Tidak dinafikan, ada segelintir individu di Malaysia yang cukup benci dengan anjing. Apa yang mereka lakukan adalah meletakan racun di dalam makanan haiwan tersebut hingga boleh mengakibatkan haiwan terbabit keracunan lalu maut. Bangkainya pula terbiar membusuk di situ. Dan kita pula hanya sekadar mampu tengok saja.

Sumber