Kuasa viral hari ini sekali lagi membuktikan sisi positif setelah berjaya mempertemukan semula ibu dan anak yang sudah terpisah selama 14 tahun. Seorang gadis yang dikenali sebagai Rabiatul telah memuat naik sebuah tweet bertarikh 20 Mac tahun lalu, memohon jasa baik pengguna Twitter untuk menyebarkan usaha beliau mencari ibu kandungnya.

https://twitter.com/adbieaa/status/976124789721935873

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut info yang dikongsi, Rabiatul dan ibunya, Nor Asnidal kali terakhir berjumpa 14 tahun yang lalu ketika dirinya berusia 6 tahun dan kali terakhir mereka berkomunikasi ialah 10 tahun yang lalu. Tweet Rabiatul disertakan sekali dengan sekeping gambar dan nama penuh ibunya.

5 Julai lalu, Rabiatul sekali lagi retweet Tweet tersebut melalui akaun lamanya yang sudah tidak dapat diakses.

Sekali lagi tweet tersebut tular dan mengharukan orang ramai yang akhirnya membuahkan hasil apabila jiran ibunya membaca hebahan pencarian tersebut dan memaklumkan kepada ibunya segera. Ibunya kemudian mencari profil akaun anaknya melalui ruangan komen di Facebook dan kemudian berjaya mendapatkan nombor telefon anaknya.

Rabiatul kemudian sempat berterima kasih kepada orang ramai kerana kuasa viral di semua platform sosial media sehingga dirinya berjaya menemui ibu kandungnya. Pasangan ibu dan anak tersebut difahamkan terpaksa berpisah atas sebab masalah keluarga.

Tanpa disangka-sangka, Rabiatul rupa-rupanya belajar di salah satu institusi pendidikan tempatan yang sama dengan anak kedua ibunya hasil perkahwinan kedua. Namun mereka masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain sehingga baru-baru ini.

Semoga hubungan Rabiatul dan ibu tercinta akan terus baik selepas pertemuan ini.

Sumber