Perlawanan American Football Super Bowl LII semalam menyaksikan sebanyak 103 juta rakyat Amerika Syarikat dan seluruh dunia menyaksikan kemenangan Philadelphia Eagles terhadap New England Patrios dengan jaringan 41-33.

Menjadi tradisi di Super Bowl, setiap kali waktu rehat pasti penonton akan disajikan dengan persembahan hebat artis ternama. Untuk edisi tahun ini, Justin Timberlake menjadi performer untuk menghiburkan penonton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun persembahan Justin dikecam kerana menghidupkan kembali legenda Prince secara hologram, tetapi ianya satu kemenangan besar kepada Nike. Tanpa perlu membeli sebarang iklan, mereka dapat publisiti percuma sewaktu Super Bowl ini.

AJ3 JT
Nike Air Jordan 3 JTH

Justin dilihat memakai kasut edisi khas Nike Air Jordan 3 yang direka Tinker Hatfield. Menurut agensi pengiklanan Apex Marketing Group, exposure yang diterima terhadap kasut ini bernilai sekitar USD2.85 juta (RM11.15 juta+-), satu nilai iklan besar yang Nike dapat secara percuma.

Kasut Air Jordan 3 ini dijual pada harga USD200 (RM783+-) dan dijual nike menerusi aplikasi SNKRS. Untuk Super Bowl ini, Nike menang besar.

Sumber