OYO (On Your Own) Hotel akan menjadi penyedia perkhidmatan hotel terbesar dunia menjelang 2020 menggantikan Hotel Marriots International.

Pengalaman mengembara serata India sewaktu berumur 19 tahun memberikan ilham kepada Ritesh Agarwal, 26 tahun untuk menubuhkan rangkaian hotel OYO yang kini merupakan kedua terbesar dunia dan bakal menjadi rangkaian hotel terbesar pada awal 2020.

MG_0230
HYPE
HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’
Baca lagi →
105707896-1548825776604ritesh

CEO OYO, Ritesh Agarwal. Sumber: CNBC

OYO kini dinilai $10 billion (RM41.6 bilion), tidak memiliki mana mana hotel namun menyediakan latihan dan sedikit budget untuk pemilik hotel merenovasikan hotel mereka mengikut spesifikasi OYO.

Dikatakan, dengan meletakkan gambar Marilyn Monroe, hotel tersebut mendapat peningkatan pengunjung sebanyak 25% di Texas. Berikut merupakan empat fakta menarik tentang OYO:

oyo-703-myra-hotel

1. Peningkatan pelanggan kepada 60%-80% selepas pemilik hotel menggunakan OYO sekaligus 99% pemilik hotel kekal bersama OYO.

2. OYO telah menyediakan pekerjaan tambahan sebanyak 300,000 pekerjaan di seluruh dunia.

3. OYO Memiliki rangkaian hotel sebanyak 44,000 dan 1.2 juta bilik di 80 buah negara.

4. CEO OYO, Ritesh Agarwal merupakan seorang dropout di kolej dan hingga kini masih menerima wang belanja dari ayahnya kerana ibubapa Ritesh Agarwal tidak memahami modul business OYO.

Sekiranya anda mahukan penginapan yang lebih premium dan selesa, Airbnb Luxe sedia menawarkannya melalui sewaan secara seluruh pulau. Turut dikongsikan, bagaimaan wanita di Malaysia ini berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM159 juta.

Airbnb Luxe Tawarkan Pengalaman Sewaan Seluruh Pulau

Wanita Di Malaysia Peroleh Pendapatan Sebanyak RM159 Juta Dengan Airbnb

 

Artikel di atas disumbangkan oleh Rizal Razak. Beliau merupakan seorang yang kerap berkongsi mengenai ilmu berkaitan bisnes. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka