Perang Dunia Kedua semakin dekat, Thailand berada di dalam satu situasi yang tidak menentu. Jiran tetangga yang lain semua sudah dijajah – Laos, Burma, Kemboja dan Malaysia. Kuasa Perancis dan Inggeris semakin menular di sekitar Asia Tenggara. Pemimpin Thailand mula gusar dengan situasi semasa.

Tambah pula, Jepun mula melebarkan sayapnya di sekitar Asia Timur, menyerang China pada tahun 1937.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Disebabkan perang yang berlaku di sekitar Thailand, masalah kekurangan makanan juga telah menjadi isu utama selain perang. Kekurangan beras dan masalah banjir telah melanda Thailand.

Bagi menyelamatkan rakyatnya daripada kebuluran dan kekurangan dana untuk membantu mereka, kerajaan Plaek Phibunsongkhram telah memperkenalkan mie yang menggunakan 50% bijirin dan murah.

image

Public Domain

Mereka telah melancarkan kempen kebangsaan yang dipanggil “Noodle is Your Lunch“, dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi mie secara percuma dan menunjukkan cara-cara memasak hidangan baru yang dinamakan, Pad Thai.

Kempen ini mungkin secara asasnya dilihat sebagai satu perlawanan untuk melawan kebuluran. Tetapi secara dasarnya, Pad Thai adalah salah satu propaganda Phibun untuk menguatkan budaya Thailand di dalam diri rakyatnya sendiri dan untuk mereka bersedia bagi menghadapi perang.

“Thailand akan menjadi tidak berdaya [saing] dan tidak lama lagi akan dijajah. Tetapi jika kita sangat berbudaya, kita akan dapat menegakkan integriti, kemerdekaan, dan menyimpan segala-galanya untuk diri kita sendiri. ” Katanya.

Phibun percaya bahawa budaya yang kuat serta sifat nasionalis yang tinggi adalah kunci kepada kebebasan Thailand daripada kuasa-kuasa besar dunia.

Sifat nasionalis Phibun yang kuat ini juga telah membuatkan beliau mengeluarkan dasar-dasar utama untuk membudayakan Thailand – mengharamkan bahasa cina di sekolah, membuang etnik cina dari jawatan penting dan melarang makanan cina dijual.

61efb454-672b-11e9-a2c3-042d2f2c8874_image_hires_143424

South China Morning Post

Beliau sangat jelas pada masa itu bahawa revolusi budaya adalah perkara penting untuk menyelamatkan Thailand daripada dijajah. Phibun mahu membangkitkan rasa cinta rakyatnya kepada budaya dan menaikkan jati diri mereka sendiri.

Tetapi Pad Thai hanyalah sebahagian daripada revolusi budaya dari Phibun. Perubahan lain yang dilakukan adalah bagaimana orang Thai harus berpakaian.

Phibun juga menggalakkan orang Thai untuk meletakkan negara sebagai yang utama dalam segala perkara yang mereka lakukan. Belajar dan bercakap di dalam bahasa Thai sahaja dan betapa pentingnya menghormati bendera Thailand dan lagu diraja.

Anda boleh menyaksikan bagaimana kesan revolusi budaya yang telah dipupuk oleh Phibun sekarang. Kebanyakkan orang Thailand meletakkan negara mereka di tempat tertinggi dan menghormati raja mereka adalah keutamaan mereka.

Biarpun disingkirkan daripada kerajaan pada penghujung Perang Dunia Kedua dan kerajaan baharu banyak mengenepikan budaya yang menjadi asas sewaktu pemerintahan Phibun, tetapi Pad Thai masih kekal bertahan sehingga sekarang.

Di sini kami kepilkan beberapa cerita lain mengenai Thailand buat anda yang ingin tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Syarikat Majalah Fortune Dijual Kepada Ahli Perniagaan Thailand Dengan Nilai RM623 Juta

Thailand Bakal Kenakan Caj Insurans Perjalanan Kepada Pelancong

Apa Yang Saya Belajar Daripada Sekeping ‘Roti Bodoh’ Sewaktu Di Krabi, Thailand

Anda Mungkin Suka