Nota Editor: Tips berikut telah dikongsikan oleh Azmira Amran, pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di University of Oulu, Finland. Semoga ia dapat dijadikan rujukan untuk anda yang ingin travel ke negara yang mengalami suhu sejuk yang ekstrim.

pakaian-musim-sejuk-11

Ramai orang Malaysia yang pergi bercuti ke negara musim sejuk tapi tak bersedia betul-betul untuk cuaca sejuk melampau. Lepas tu terlepas peluang nak merasa aktiviti di luar rumah sebab tak tahan sejuk.

Sejujurnya, kan ke membazir namanya tu? Kalau nak duduk berehat dalam bilik, boleh je duk kat Malaysia.

So my advice is, wear warm enough and enjoy the weather outside. Bak kata pepatah orang sini, ‘no winter is cold enough if you have enough layers’.

pakaian-musim-sejuk-1

Cuaca hari ni dan esok -27C hingga -32C

Jadi inilah cara saya pakai baju beberapa lapis untuk cuaca hari ni (-27C).

1. Lapisan asas (Layer base)

pakaian-musim-sejuk-2

Firstly, have a good base layer. Pakai base layer yang warm so tak payah pakai layer banyak sangat. Contoh layer yang bagus ialah dari Uniqlo yang ada ‘heat tech‘. Kalau beli leggings dan baju lining dari Jalan TAR pun okay tapi beli yang tebal sikit.

Stokin pun pakai stokin biasa je. Yang beli kat Giant pun okay.

2. T-shirt and jeans (baju biasa)

pakaian-musim-sejuk-3

Layer kedua: Pakai baju yang nak dipakai indoor. T-shirt biasa dengan jeans dah okay. Kalau boleh t-shirt dengan jeans jangan ketat sangat sebab kalau dah pakai base layer bawah jeans dengan t-shirt tu kang nanti tak jalan pula darah.

3. Hoodie / jacket / fleece

pakaian-musim-sejuk-4

Third layer: Pakai hoodie. I would recommend wearing fleece jacket sebab ringan dan warm. Tapi sebab hari ni saya pakai hoodie so this is okay too. Hoodie tu boleh guna untuk tutup kepala atau untuk letak keliling leher untuk bagi panas.

Kalau cuaca kurang dari -5c, tayah pakai hoodie sebelum pakai winter jacket or body akan jadi sangat panas.

Baca:
23 Gambar Ini Mungkin Buat Anda Berpandangan Berbeza Tentang Salji

4. Wooly socks / knitted socks

pakaian-musim-sejuk-5

Lepas tu, pakai stokin yang tebal. Stokin yang knitted atau wool.

5. Winter jacket and snow pants

pakaian-musim-sejuk-6

Untuk suhu -20C ke atas elakkan pakai mekap sebelum keluar rumah. Kalau suhu -5C ke -10C okey lagi nak pakai mekap.

pakaian-musim-sejuk-9

Muka dah mula merah sebab being out for 20minutes without covering my face. Notice that topi and scarf and glasses and winter jacket dah beku. Sakit gila tak cover face, so tolonglah pakai elok-elok kalau tak nak kena frostbite.

Kemudian baru taruk winter jacket dan snow pants. Pakai scarf yang panjang so that kalau muka sejuk sangat, boleh lilit untuk tutup muka.

Sila ambil perhatian ye, ini sangat penting sebab dalam cuaca -25C ke atas, minit pertama je semua benda jadi beku, like bulu hidung, kening dan pipi.

Kalau lama sangat kat luar, kulit muka yang terdedah boleh kena frostbite. Tak kelakar okay. Sakit gila kalau kena frostbite. Dan jangan pakai mekap sebelum keluar sebab semua pun beku nanti. Jika nak pakai sangat, pakai lepas dah sampai tempat yang dituju.

Untuk losyen / pelembap kulit pulak, sapu at least 30 minit sebelum keluar, pastikan sampai dah meresap dalam kulit. Atau sapu bila dah sampai ke tempat dituju.

I made the mistake taruk pelembap kulit sebelum keluar rumah masa cuti kat utara tu hari. Lepas tu ada lapisan ais atas pipi sebab moisturiser tu beku. Bila kat luar tak rasa apa sangat sebab semua rasa kebas, tapi lepas masuk dalam rumah rasa macam pipi kena tampar laju-laju.

6. Winter boots

pakaian-musim-sejuk-7

Kemudian pakai kasut yang boleh tahan -20C minimum. Ni kasut brand Timberland. Beli saiz 2 atau 3 kali ganda lebih besar dari saiz asal sebab kena pakai stokin tebal kan. Kalau tak nanti ketat sangat dan tak jalan darah kat kaki.

7. Topi dan sarung tangan (Hat and gloves)

pakaian-musim-sejuk-8

Then last sekali sebelum keluar rumah baru taruk topi (make sure hat ada lining wool kat belah dalam, kalau tak nanti boleh sakit kepala sebab angin sejuk boleh buat kepala sakit macam bila minum slurpee laju-laju).

Lepas tu pakai wooly gloves (macam yang warna merah atas ni). Lepas tu pakai sarung tangan yang kalis angin (windproof).

Baca lagi: HotelsCombined Dedah 7 Hotel Unik Dan Menarik Untuk Pemburu Aurora Borealis

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram