Menyebut tentang Paris Saint-Germain mungkin ramai yang membayangkan kelab bola sepak gergasi di Perancis. Berjaya menjadi juara Ligue 1 serta mengikat pemain termahal dunia antara yang menguatkan lagi jenama PSG.

Dalam pada itu, tahukah anda PSG juga antara kelab bola sepak yang memperkenalkan pasukan e-sukan yang tersendiri. Semuanya bermula pada Oktober 2016 apabila jenama ‘PSG eSports’ diperkenalkan.

ArfbaUd

Antara game yang disertai pasukan PSG antaranya adalah FIFA, League of Legends, Rocket League serta Dota 2. Sepanjang dua tahun sejak diperkenalkan, PSG turut menandatangani kontrak bersama pemain-pemain e-sukan berbakat seluruh dunia termasuk mendapatkan Agge dan DaXe selaku pemenang FIFA eWorld Cup.

Antara pasukan yang berjaya melakar nama buat PSG adalah ‘PSG.LGD’ baru-baru ini apabila muncul sebagai naib juara¬†pertandingan Dota 2, The International 8 yang turut diwakili oleh Rakyat Malaysia.

9663d431-9f03-494a-b02c-928edc0e7d41

Untuk pengetahuan anda, selain e-sukan, PSG turut mempunyai beberapa pasukan dalam acara sukan yang lain melibatkan rugby, tinju dan bola baling. Pasukan bola sepak lain yang turut mempunyai pasukan e-sukan adalah Barcelona dan FC Schalke 04.

Baca lagi: Juventus Hasilkan Jersi Khas Buat Sukan Bola Kerajang

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group