Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bagi Dan Gillaspia, seorang peguam di California, menjadi ‘travel hacker’ merupakan hobi di masa lapang beliau.

Dengan hobi ini, beliau dapat mengembara ke berbagai negara dan diwaktu yang sama berpeluang merasai pengalaman menginap di hotel mewah dan menaiki penerbangan kelas premium.

Trip beliau baru-baru ini melibatkan perbelanjaan sebanyak USD52,294 bagi penerbangan ke beberapa negara antaranya Tokyo, Cape Town, dan Dubai.

Bagi Dan sendiri, ini merupakan satu daripada trip terbesar dalam hidup beliau. Apatah lagi peguam ini bukanlah seorang yang gemar membelanjakan wang dalam jumlah yang besar.

Atas sebab ini, Dan perlu merancang dengan teliti bagi setiap destinasi, termasuk menggunapakai segala tips dan trick serta ‘travel hacking’ agar dapat berjimat semaksima mungkin.

Yang paling mengembirakan beliau, setelah melakukan berbagai kajian akhirnya kos sebenar yang perlu dibayar bagi trip ini hanya sebanyak USD408.

Menurut Dan, beliau dan rakannya Bradley Darnell menghabiskan masa berbulan-bulan bagi merancang dan mengkaji sistem berbagai skim dan tawaran  kad kredit.

Berikut adalah apa yang telah dilakukan oleh peguam ini bersama rakan beliau bagi mendapatkan penjimatan bagi pengembaraan kali ini, seperti mana yang telah didedahkan kepada Business Insider.

Penerbangan pertama Dan dan Bradley bermula dari Los Angeles ke Tokyo. Mereka menaiki Singapore Airlines dengan tiket kelas bisnes berharga USD4,444. Tapi jumlah yang dibayar oleh dua sahabat ini hanyalah USD68.

travel-hacker-1

Dan mula berminat untuk mendalami dan mengetahui tentang ‘travel hacking’ sejak 2 tahun lepas selepas melayari beberapa blog travel. Antaranya The Points Guy dan The Frequent Miler.

“Saya habiskan masa beberapa bulan bagi mendalami ‘travel hacking’ sebelum mula merancang trip saya sendiri.”

travel-hacker-2

Menurut Dan, mereka berdua mengumpul kira-kira 1 juta bonus ‘air miles’ melalui berbagai skim kad kredit yang memberikan mata ganjaran sama ada sewaktu sign up atau pun apabila kad digunakan untuk membeli-belah. Sebanyak 15 kad kredit digunakan terdiri daripada Chase, Amex, Citi dan Barclays.

travel-hacker-3

Sebagai contoh, kad kredit Virgin Atlantic’s American Express menawarkan bonus ganjaran sebanyak 3000 bagi pembelian menggunakan kad kredit ini dalam masa 90 hari daripada tarikh akaun kad kredit dibuka.

travel-hacker-4

Melalui cara ini Dan menerima layanan kelas pertama sewaktu penerbangan pertama beliau.

travel-hacker-5

Sewaktu tiba di destinasi pertama mereka iaitu Tokyo, kedua sahabat ini menginap 2 malam di bilik saiz deluxe di hotel InterContinental Tokyo Bay. Harga yang mesti dibayar bagi bilik ini adalah USD1,000 namun mereka dapat menginap di sini secara percuma.

travel-hacker-6

Menurut Dan juga, semestinya trip beliau bukan hanya tentang menginap di hotel mewah dan menerima layanan 5 bintang, tetapi juga belajar tentang budaya asing. Seperti mana di dalam gambar ini – Dan berpeluang melihat bagaimana teh hijau disediakan.

travel-hacker-7

“Kami mengambil kesempatan ke atas beberapa kelemahan ke atas tawaran pada ketika itu. Tapi pada dasarnya perancangan teliti perlu dilakukan agar kami dapat merebut bonus terbaik sewaktu sign up mana-mana kad kredit. Dan ini sebenarnya adalah salah satu daripada strategi kami.” – Dan

travel-hacker-8

Jumlah kad kredit yang dimiliki oleh kedua sahabat ini adalah 45 kad. Tapi menurut Dan rating kad kredit beliau adalah tinggi. 4 daripada kad kredit tersebut digunakan dengan kerap manakala kad kredit yang lain diurus dan direkodkan dalam satu spreadsheet.

travel-hacker-9

Destinasi mereka seterusnya selepas Jepun adalah Singapura. Dan inilah waktunya di mana Dan dan Bradley berpeluang merasai apa yang beliau gambarkan sebagai salah satu daripada produk penerbangan kelas pertama terbaik dunia – Singapore Suites.

travel-hacker-10

Dengan bayaran sebanyak USD108, kedua traveller ini berpeluang terbang dengan First Class suite yang direka oleh Jean-Jacques Coste, pereka kapal terkenal Peranchis.

travel-hacker-11

Menurut Dan, layanan yang diberikan oleh Singapore Airlines adalah yang terbaik pernah beliau terima sewaktu menaiki kapal terbang.

travel-hacker-13

Antara rahsia yang dikongsikan oleh Dan kepada Busines Insider adalah – sentiasa mencari kad kredit yang memberikan tawaran paling menarik dan menepati misi anda. Ada kad yang hanya menawarkan roti percuma, manakala kad kredit yang lain pula menawarkan insentif ‘air miles’.

travel-hacker-14

Apabila Dan dan Bradley tiba di Singapura, mereka berjaya mendapatkan penginapan percuma 1 malam di hotel terkenal di sini iaitu Marina Bay Sands. Ia merupakan penjimatan berjumlah USD450.

travel-hacker-15

Gambar di bawa merupakan view di infinity pool di atas bumbung Marina Bay Sands. Kolam di sini merupakan kolam terpanjang bagi kategori infinity pool dan terletak di atas bangunan setinggi 57 tingkat.

travel-hacker-16

Namun menurut Dan, ‘travel hacking’ yang beliau lakukan ini hanya sesuai bagi mereka yang mampu merancang dan berdisiplin dalam menyusun penggunaan kad kredit agar tiada perbelanjaan melampaui kemampuan terutama dari segi bayaran semula pada waktu yang tepat.

travel-hacker-17

Selepas Singapura, Dan dan Bradley terbang ke Cape Town, Afrika Selatan dengan penerbangan kelas bisnes.

travel-hacker-18

Kapal terbang A350 yang dinaiki kali ini bersaiz lebih kecil tetapi merupakan kapal terbang yang baru sebulan digunakan. Untuk penerbangan ini Dan berjaya mendapat penerbangan percuma bernilai USD7,676.

travel-hacker-19

Sewaktu di Cape Town, mereka berpeluang menikmati keindahan Table Mountain yang menjadi antara tarikan utama di sini dari tingkap bilik suite hotel mereka. Sekali lagi, penginapan di sini diperolehi dengan percuma.

travel-hacker-20

Mereka turut mengambil peluang untuk menaiki kereta kabel pada ketinggian 3000 kaki yang membawa mereka menempuh kepulan awan ke kemuncak Table Mountain. Menurut Dan pemadangan dari puncak gunung juga sangat menarik dan gunung ini baru saja dinobat sebagai salah satu daripada 7 keajaiban terbaru dunia.

travel-hacker-21

Tidak ketinggalan mereka berdua turut menyertai aktiviti cage diving di Gansbaai dan merasai pengalaman beberapa ekor paus putih dari jarak dekat.

travel-hacker-22

Ujar Dan lagi, perkara yang best tentang menggunakan points kad kredit adalah beliau boleh menggunakan duit selebihnya untuk aktiviti yang lebih menarik. Sebagai contoh mengambil pakej menaiki helikopter di Cape Town.

travel-hacker-23

Dan turut mengambil peluang berkunjung ke Boulders Beach untuk melihat ribuan penguin liar.

“Apa yang perlu diberi perhatian adalah jika anda tidak berhati-hati, kemungkinan besar anda pula yang kena hack dengan syarikat kad kredit. Dan kemungkinan besar ia bakal membuatkan anda terperangkap dalam jumlah hutang yang besar dan merosakkan skor kredit.” – Dan

travel-hacker-24

Destinasi kedua akhir mereka adalah Dubai dengan menaiki penerbangan kelas bisnes Etihad Airways. Menurut Dan, kerusi penerbangan kali ini tidaklah seempuk penerbangan kelas pertama Singapore Airlines.

Namun masih selesa dan kerusinya datang bersama build-in seat massanger. Untuk penerbangan dari Johannesburg ke Abu Dhabi ini mereka perlu membayar sebanyak USD104.

Baca: Inilah 20 Tip Cara Saya Berjimat Sewaktu Travel Di New Zealand

travel-hacker-26

Namun begitu Etihad telah memberikan kedua mereka ‘complimentari transfer’ ke hotel Dubai W.

travel-hacker-27

Antara perkara unik di hotel ini adalah lampu yang dipasang gaya hipnotik. Dan lobi hotel pula terletak di tingkat 30.

travel-hacker-28

Dan dan Bradley turut menyertai tour sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di Dubai.

travel-hacker-29

Pemandangan menarik dari tingkap bilik hotel mereka di Dubai.

travel-hacker-30

Semestinya trip ke Dubai takkan lengkap jika tak selfie dengan Burj Khalifa.

travel-hacker-31

Bagi destinasi terakhir iaitu dari Abu Dhabi ke New York City, Dan dan Bladley mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan kelas pertama – Etihad apartment, merupakan salah satu kelas pertama terbaik di dunia.

Terminal masuk bagi kelas pertama penerbangan ini diasingkan daripada penumpang kelas lain. Beg mereka juga terus dibawa masuk sebelum mereka check in di kaunter.

travel-hacker-32

Bilik bagi penerbangan ini juga terlalu besar bagi Dan hinggakan mereka berdua tak tau nak buat apa dengan bilik seluas itu. Ada kabinet, almari baju, TV dan cermin. Satu bilik yang dikira sangat lengkap untuk sebuah penerbangan.

travel-hacker-33

Bagi Dan ini merupakan cara beliau melakukan the real game changer – travel dengan penuh gaya dengan menggunakan wang tabungan dan trick yang telah beliau pelajari.

travel-hacker-34

Malahan jika mahu bersantai di luar ‘apartment’ sewaktu penerbangan, Dan beliau hanya perlu ke lounge yang dikenali dengan nama ‘The Lobby’ sewaktu terbang bersama Etihad.

travel-hacker-35

Sebagai penutup kepada trip mereka kali ini, Dan dan Bradley menginap di hotel Ritz-Carlton di New York City. Penginapan di sini juga adalah percuma.

travel-hacker-36

Dan turut mengakui, selepas trip berakhir, beliau perlu meluangkan masa bagi menyemak dan memeriksa loyalty program bagi setiap kad kredit dan syarikat penerbangan. Banyak benda yang berubah dengan pantas. Jadi beliau tidak boleh terleka.

Ujar Dan lagi, lebih banyak kad kredit yang anda ada, lebih mudah untuk ia dimanipulasikan. Asal saja anda tahu caranya dan sentiasa ‘keep track’ untuk setiap penggunaan kad kredit.

travel-hacker-37

Dan turut berkongsi tips dan trick berkenaan percutian dan kad kredit di blog beliau UponArrival.com.

Tips dan trick yang digunakan ini hanya sesuai digunakan di USA memandangkan di sana reward dan bonus diberikan adalah menarik berbanding di Malaysia.

Namun saya pernah menerima tawaran limo percuma dari KLIA ke rumah di Lembah Klang beserta akses tanpa had ke plaza premium lounge di KLIA sewaktu sign up satu kad kredit kira-kira 2 tahun lepas – yang ini di Malaysia.

Yang pasti, tiada yang mustahil untuk anda travel. Hanya perlu bijak mengkaji peluang, belajar tips dan tricks, dan menjadi seorang ‘smart travel hacker’.

Baca lagi:  Ini 11 Tip Untuk Anda Travel Gaya Bajet Ke Sydney, Australia

Anda Mungkin Suka