Tragedi tsunami sekali lagi melanda negara jiran, Indonesia kali ini berlaku di Palu, Sulawesi Tengah. Gegaran gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter tersebut telah meragut ribuan nyawa termasuk seorang anak muda yang berhati murni yang sanggup mengorbankan dirinya sendiri demi menyelamatkan ratusan nyawa lain yang berjaya diselamatkan daripada bencana tersebut.

Anak muda bernama Anthonius Gunawan Agung yang berusia 21 tahun pada ketika itu sedang menjalankan tugas sebagai salah seorang pegawai pengawal trafik udara di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufrie, Kota Palu. Gegaran kuat telah menyebabkan kesemua pegawai yang bertugas berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun gegaran kuat itu tidak melunturkan sedikit pun dedikasi Anthonius untuk terus berada di kabin kawalan udara untuk membantu pesawat penyelamat Batik Air 6231 berlepas terlebih dahulu. Juruterbang pesawat berkenaan turut meluahkan rasa kehilangan Anthonius selepas kejadian tersebut dengan menggelar Anthonius sebagai ‘guardian angel’.

https://www.instagram.com/p/BoTAm_OnFtp/

Sebaik sahaja pesawat tersebut terbang, gegaran semakin kuat sehingga menyebabkan bangunan kawalan udara tersebut hampir runtuh dan memaksa Anthonius untuk melompat keluar dari tingkat 4 untuk menyelamatkan diri. Akibatnya, beliau mengalami kecedaraan serius di bahagian bahu, kaki dan organ dalaman.

menara kawalan palu

Beliau terus dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan. Mayat mendiang kemudiannya diterbangkan ke Makassar dan kemudiannya dihantar ke kampung halamannya di Papua untuk disemadikan dengan upacara ketenteraan.

Beliau turut dikurniakan penghargaan ‘Adikarya Dirgantara Pralabda’ dan menerima kenaikan 2 pangkat sebagai tanda penghargaan. Selamat tinggal, Anthonius Gunawan Agung.