Bisnes pada masa ini bukan hanya terhad kepada Brick-and-Mortar (kedai fizikal) tetapi ia lebih daripada itu. Seiring dengan kemajuan dunia di mana pendigitalan diberi keutamaan, tiada masa yang lebih baik untuk peniaga atau bisnes untuk turut sama mengikut trend/haluan digitalisasi ini.

Sebagai contoh. Jika anda ke kedai makan ketika ini, pasti anda sudah pernah membuat tempahan makanan menerusi kod QR yang ada di atas meja kan? Inilah contoh digitalisasi yang sedang berlaku di sekeliling anda.

Baca Juga:

Untuk menawarkan perkhidmatan seperti ini, anda memerlukan rakan niaga yang boleh dipercayai yang dapat membantu anda membuat perubahan daripada cara tradisional ke digital untuk menjamin kejayaan dalam bisnes anda.

Celcom Business, rakan niaga anda yang dipercayai

Mungkin anda hanya kenal Celcom Axiata Berhad sebagai salah satu penyedia telekomunikasi di Malaysia, namun menerusi Celcom Business sebenarnya menawarkan lebih daripada itu.

Celcom Business menawarkan pelbagai solusi digital yang mudah daripada rakan niaga bertaraf dunia dan lokal yang dapat membantu segmen usahawan kecil dan sederhana (PKS), korporat dan sektor awam meningkatkan kecekapan perniagaan atau perkhidmatan mereka.

Celcom Business boleh membantu perniagaan membina asas ketersambungan yang kukuh supaya dapat menjalankan perniagaan dengan lebih efisien. Dalam dunia di mana perubahan berlaku dengan serba pantas, perniagaan memerlukan rakan niaga yang dipercayai seperti Celcom Business untuk bersama-sama mencapai kejayaan.

Celcom Business menawarkan:

– Solusi Mudah Alih yang menyediakan sambungan yang lancar di mana jua

– Solusi Talian Tetap yang menyampaikan sambungan berprestasi dan berkelajuan tinggi

– Solusi IoT yang mewujudkan mesin pintar dan asset pintar

– Solusi Awan yang mengendali and mentransformasi data melalui pengkomputeran awan

– Solusi Keselamatan Siber yang melindungi data dan hak milik intelektual

Celcom telah beroperasi sebagai penyedia telekomunikasi untuk rakyat Malaysia sejak 34 tahun yang lalu. Inilah 3 sebab mengapa Celcom Business adalah rakan niaga yang sesuai untuk anda.

1. Pilihan penyedia telekomunikasi No.1 rakyat Malaysia
Dengan Celcom Business, anda akan sentiasa berhubung dan berkolaborasi di mana-mana sahaja dengan capaian rangkaian terluas ,ditambah dengan ketersambungan kelajuan tinggi dan stabil.

2. Ekosistem solusi yang luas daripada Rakan Niaga Berkelas Dunia
Tingkatkan kadar kecekapan dan produktiviti dengan pelbagai solusi Mudah Alih, Talian Tetap, IoT, Awan dan Keselamatan Siber yang berpatutan daripada Celcom Business.

3. Berpengalaman luas dengan kepelbagaian pelanggan
Kepakaran dan pengalaman Celcom Business dalam berurusan dengan pelbagai organisasi daripada pelbagai industri sebelum ini pasti dapat membantu anda meningkatkan kecekapan perniagaan anda agar lebih efisyen.

Bagaimana Celcom Business bantu peniaga dari pelbagai bidang

Celcom Business dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah bisnes dan organisasi menerusi ekosistem solusi daripada pelbagai rakan niaga lokal dan berkelas dunia.

Dengan penawaran kepakaran solusi Mudah Alih, Talian Tetap, IoT, Awan (Cloud) dan Keselamatan Siber, Celcom Business dapat membantu bisnes dan organisasi anda sentiasa mempunyai sokongan yang diperlukan.

Setakat ini, Celcom Business telah membantu SME dari pelbagai bidang antaranya kafe, kedai runcit, peniaga yang bekerja dari rumah, barbershop & salon rambut, firma guaman, perancang majlis dan banyak lagi.

Adakah anda pernah mendengar tentang Internet of Things? Internet of Things atau nama singkatannya (IoT) merupakan satu teknologi yang membolehkan orang ramai atau peniaga berpeluang menghubungkan pelbagai barangan, software serta data pelanggan di bawah satu bumbung. Ini adalah antara contoh kepakaran yang ditawarkan oleh Celcom Business yang akan meningkatkan perniagaan anda ke peringkat seterusnya.

Apa pun skala bisnes anda; kecil atau besar, Celcom Business ada pelan yang sesuai untuk keperluan anda. Sekarang adalah masa terbaik untuk anda menghubungkan perniagaan fizikal anda dengan sistem di atas talian kerana ia membantu peniaga dalam meraih jualan dan juga membuatkan pengalaman pembelian pelanggan lebih interaktif.

Pemilik perniagaan mungkin melihat pemasangan internet di premis contohnya sudah cukup untuk premis mereka. Tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah ia lebih daripada itu.

Antara keluhan peniaga pada ketika ini adalah untuk mencari jalan meningkatkan jualan mereka selepas 2 tahun terkesan disebabkan pandemik COVID-19. Jadi, solusi terbaik adalah untuk bersedia untuk hadapi perubahan yang penting dalam bisnes. Perubahan penting tersebut adalah untuk go digital.

Celcom Business bertekad untuk mudahkan urusan peniaga PKS. Ia ibarat kepingan puzzle terakhir yang bakal jadikan sesebuah bisnes jadi lebih cekap dan produktif.

Rakan niaga yang dipercayai oleh jenama dan syarikat terkemuka di Malaysia

Dengan menjadi pemudahcara dan penyedia solusi digital untuk perniagaan, Celcom Business telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan sektor swasta untuk sama-sama menghasilkan smart highway, Smart ambulance, Smart surveillance dan sebagainya melalui kerjasama dengan pihak sektor awam untuk memastikan negara bertambah selamat dan terus maju.

Celcom Business bersedia untuk membantu anda dalam keperluan digital ada. Untuk pengetahuan lanjut tentang Celcom Business, anda boleh klik di sini.

Semoga Celcom Business dapat membantu meningkatkan kecekapan perniagaan anda. Bersama-sama Mencapai Kejayaan!