Nota Editor: Firdaus Yasin, seorang usahawan makanan, berkongsi kisah dengan Vocket tentang bagaimana rakannya seorang penjawat awam mencipta duit tepi hanya dengan membuang sampah. Meskipun mempunyai pekerjaan yang baik, rakannya itu, Adam Zainufi tidak menjadikannya alasan untuk tidak bermain dengan sampah sarap. Kami terinspirasi dengan cerita ini dan mendoakan semoga bisnes beliau dapat berkembang pesat.

penjawat-awam-buang-sampah
FB Firdaus Yasin

SERVIS BUANG SAMPAH

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini sahabat saya, Adam Zainufi seorang penjawat awam yang baru menimang seorang cahaya mata. Beliau berkongsi cara menambah pendapatan sampingan.

Pada awal pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, beliau kasihan melihat penduduk apartment yang terpaksa membawa sampah turun. Ada ketikanya mereka terpaksa berulang alik membawa beg dan ambil anak, naik dan turun. Melihat daripada masalah itu, beliau mendapat idea untuk membuat servis buang sampah.

Setiap 3 kali seminggu dengan bayaran RM30 sebulan. Tong sampah beliau sediakan. Waktu kerja beliau pada pukul 10-11 malam sahaja untuk 30 unit apartment. Buat masa ini, beliau membuat servis di kawasan tempat beliau tinggal sahaja.

BACA: Bagaimana tambah pendapatan dengan bisnes gosok baju

Cara pengiklanan beliau sangat mudah. Kertas A4 yang dipotong empat dan diselitkan di setiap pintu apartment. Sasaran beliau di tingkat 3 dan 4.

iklan-buang-sampah
FB Firdaus Yasin

Kawasan apartment yang beliau tinggal tiada lif. Apabila beliau mahu kutip sampah, beliau akan blast melalui Whatsapp kepada semua pemilik apartment yang telah mendaftar. Walaupun hasil pendapatan yang diperolehi tidak banyak, tetapi sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan perbelanjaan bulanan beliau.

Sebelum meninggalkan meja makan saya sempat berpesan, “Jangan lama-lama menjadi kitalah kuli, kitalah bos.”

“Ianya hanya proses awal menikmati pengalaman.”

Nanti saya akan kongsi lagi supaya Adam berada di tahap ‘on the business not in the business’.

BACA Lagi: Digelar ‘Raja Sampah’ Kerana Sampah Berlendir Dan Busuk Itu Lumayan Buatnya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram