Sempena study break ni, mama nak share satu kisah. Almaklumlah, marking dah habis, carrying marks pun dah tampal luar office dan student pun tak ada yang nak datang untuk consultation (wakaka).

Cerita mama hari ni tajuknya inovasi. Boring? No. Read till the end. Sila lihat gambar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Idea inovasi daripada penyapu

Gambar no 1 adalah penyapu lidi kat rumah uwan. Dah biasa kita tengok sebelah mata sejak turun menurun. Tapi dengan sedikit inovasi, voila! Penyapu lidi itu menjadi seperti gambar no 2.

inovasi-penyapu-lidi-1

inovasi-penyapu-lidi-2

Ditambah pula dengan presentation ala-ala broomstick Harry Potter Nimbus2000. Bukan setakat itu sahaja, design handle boleh dilaras, lidi boleh dikembang dan dikuncup itu telah di PATENT kan dan dijual pada harga KW9,000. Penyapu ini dah terjual di Sweden, Finland dan Netherland. Lumayan bukan?

Malangnya, idea inovasi dan pemilik patent itu bukan datang dari anak Malaysia. Ia adalah idea oppa Korea yang suka datang ke pantai Malaysia yang cantik dan aman sambil buka mata sepetnya luas-luas.

Benda yang kita buat tak hairan di rumah, rupanya boleh menjadi komersil diperingkat antarabangsa. Bila mama tengok penyapu lidi tu, my jaws literally dropped.

Malu-malu je oppa tu nak cerita pasal penyapu lidi tu kat mama sebab dia mengaku penyapu tu takkan laku di Malaysia. Tambah pulak idea innovasi tu memang dia cedok dari penyapu lidi Malaysia.

Mama cuma mampu senyum and said “No. There is no idea too small. Even the smallest thing can have big impact. My mother would be proud if she saw this”. Oppa tu offer mama beli penyapu dia at KW6000.

Tapi mama tak berani beli dan bawa balik, sebab mama takut uwan akan sebat mama dengan penyapu tu pulak. Hahaha.

Jadi, adakah kita kurang ber inovasi? Tidak. Masalah kita adalah, kita terlalu memuja inovasi yang meletup kebabom.

Contohnya mencari black hole yang ke-183, cipta time travel machine, cipta kereta yang tak guna petrol tapi guna air paip, atau cipta vacuum cleaner yang bukan setakat sedut habuk tapi boleh juga memasak roti.

Tak. Mama bukan anti dengan inovasi sebegitu. By all means, use all of the resources, buat lah. Tapi oleh kerana kita terlalu taksub dengan expectation yang melangit, kita jadi takut dan skeptikal untuk ber inovasi.

Takut kena kutuk “itu je ke?” “Aikk. Macam ni pun boleh menang Gold?” “Idea aku lagi bagus dari kau kot”.

The thing is, inovasi penyapu lidi itu adalah bukti perbezaan antara dreamers dan doers. Dreamers will think about fears and let it paralyse them. Doers, on the other hand, find ways to push the limits of their fears.

inovasi-penyapu-lidi-3

inovasi-penyapu-lidi-4

inovasi-penyapu-lidi-5

Cabaran inovasi kami anak tempatan

Sebenarnya, ramai juga yang skeptikal dengan inovasi yang mama dan team buat. Alah. Setakat buat ratio yang korang semua pernah belajar masa FAR100, FAR150, ACC106 atau AUD390.

Kira ratio asset dengan liabiliti, kira ROI, tengok expenses vs. revenues. Lepas tu buat template komen. As time progress, buat interface yang canggih sikit supaya nampak komersil.

Maka terciptalah application yang boleh evaluate sama ada organisasi tu stabil atau tidak. Bagi pulak nama cekonon power ‘financial health check up: diagnostic kit’ walaupun sebenarnya kira ratio base on formula excel je.

Tapi masa judges datang, kau explain lah dengan penuh konpiden ala-ala roh hantu orang putih dah merasuk dalam badan. Alhamdulillah. Inovasi yang orang cakap “tu je?” “Boleh menang ke ni?” berjaya secure gold di peringkat international.

inovasi-penyapu-lidi-7

inovasi-penyapu-lidi-8

inovasi-penyapu-lidi-9

inovasi-penyapu-lidi-10

Awal tahun hari tu berjaya menang ‘the best award’. Kira ratio je dowh! Gambar no 3 – 7 hanyalah bukti bahawa ‘what if’ could make your life better.

Gambar last no 8 mama gigit gold medal gaya olympian Mohamad Ridzuan bin Mohamad Puzi gigit olimpik gold tu. Saja je nak bagi korang terbakar. Kahkahkah!

Above all, mama bukanlah contoh terbaik. Tapi, jadikan cerita ini sebagai pencetus idea inovasi korang semua. So, (baca ala-ala optimus prime panggil autobots),

I am optimus prime. I send this message to all young inventors taking refugee among the stars to keep on inventing. For those who don’t, today is the day to start working on your idea for the sake of your future.