Keganasan agama telah tercetus minggu ini di kawasan kejiranan sekitar Delhi timur melibatkan penganut agama Hindu dan Muslim, semuanya berpunca daripada seorang ahli politik yang tewas pilihanraya.

Ceritanya bermula dengan Kapil Mishra, seorang ahli politik tempatan yang lantang bersuara. Sebagai penganut Hindu dan berada di kasta paling atas, beliau telah berkhidmat untuk Amnesty International and Greenpeace dan berada dalam salah satu barisan politik paling progresif di India. Tetapi beberapa tahun yang lalu, beliau telah beralih kesetiannya kepada parti pemerintah Bharatiya Janata – mempunyai pegangan ideologi Hindu yang kuat.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Beliau yang bernaung di bawah parti nasionalis Hindu terbesar di India tewas pada pilihanraya dan sekarang, beliau sedang mencari cara untuk membalas balik kekalahannya.

Namun jalan yang beliau pilih dilihat agresif dan tidak melambangkan seorang ahli politik yang mahu menjaga sesama kaum dan agama.

200221_vod_india_citizenship_hpMain_16x9_992

ABC News

Ahad lalu, dilaporkan bahawa beliau turun ke jalan raya untuk menentang penunjuk perasaan yang membantah undang-undang kewarganegaraan baharu yang dilihat menekan kaum muslim di sana. Beliau telah memberi kata-kata provokatif semasa ucapannya. Mishra turut memberi amaran kepada pegawai polis tempatan ; segera ambil tindakan kepada penunjuk perasaan atau dia dan pengikutnya akan turun untuk melakukannya sendiri.

Beberapa jam selepas itu, keganasan di antara kaum Hindu-Muslim tercetus menjadikan ia peristiwa paling buruk di India. Kedua-dua kelompok ini telah bersaing sesama sendiri dengan pedang dan senjata merbahaya – kedai habis terbakar, jalan raya dipenuhi dengan darah manakala 25 orang dilaporkan terbunuh.

“Kapil Mishra sepatutnya dipenjarakan,” kata Rupesh Bathla, seorang ahli perniagaan yang mengatakan dia telah mengenali Mishra sejak mereka remaja. “Dia memulakan rusuhan kaum. Dia menanam kebencian di hati orang lain.” Lapor Up News Info.

Beberapa media tempatan turut menyebut bahawa kemusnahan di pihak Muslim lebih besar berbanding di pihak Hindu. Di kawasan Islam, kedai dimusnahkan dan seluruh pasaraya dibakar.

RTR481BZ

Quartz

Ada saksi yang menyatakan bahawa api itu datang daripada pegawai polis sendiri dan telah mengakibatkan kematian di pihak Muslim dan Hindu.

Bagi para ilmuan, mereka merujuk kejadian melibatkan perbahalahan antara agama ini sebagai ‘gema yang menakutkan’.

“Secara keseluruhan, rusuhan Delhi minggu ini mula kelihatan seperti pogrom, Gujarat 2002 dan Delhi 1984,” kata Ashutosh Varshney, pengarah Pusat Kontemporari Asia Selatan di Brown University.

Lebih menakutkan kata Varshney adalah kejadian-kejadian yang pernah berlaku di India semuanya hampir sama apabila pegawai polis hanya mengambil sikap berdiam, ‘menjadi batu api’ dan tidak bersikap neutral bagi mententeramkan rusuhan antara dua penganut agama ini.

16india-sub-videoSixteenByNine3000

The New York Times

Mahkamah India turut mengkritik polis Delhi selepas mereka memberi alasan bahawa mereka tidak menonton ucapan provokatif Mishra. Hakim turut menyatakan polis di sana tidak serius menangani isu keganasan agama.

“Ini benar-benar serius,” kata hakim, S. Muralidhar, menurut LiveLaw, laman web berita undang-undang. “Terdapat banyak TV di pejabat anda, bagaimana pegawai polis boleh mengatakan bahawa mereka tidak menonton video tersebut? Saya sangat terkejut dengan cara kerja pegawai polis Delhi. ”

Manakala Perdana Menteri Narendra Modi telah mengambil pendekatan untuk berdiam diri – mungkin terlalu sibuk dengan kehadiran Presiden Trump di India. Namun sikap berdiam diri Modi telah diambil alih oleh Trump apabila dia melalui laman rasmi Twitter telah meminta agar semua orang bertenang dan menjaga keamanan setiap masa.

Undang-undang kewarganegaraan baharu dibantah kerana sistem ini dilihat bakal menekan kaum muslim. Undang-undang ini membolehkan pendatang non-muslim untuk menjadi rakyat India dengan mudah, tetapi menjadi sukar buat kaum muslim di sana.

Baca kisah lain yang berlaku di India, klik pautan di bawah untuk membaca.

Keluarga Di India Jalankan Ritual Tanam Anak Hidup-Hidup

Lelaki Dari India Cerita Pengalaman Terima ‘Wahyu’ Untuk Sembah Donald Trump

Sudah Terbiasa Berlari Bersama Kerbau, ‘Usain Bolt India’ Tolak Pelawaan Sertai Skuad Kebangsaan

Anda Mungkin Suka