Seperti banyak idea-idea hebat di dunia, permainan Tetris sebenarnya hadir dengan secara tidak sengaja dan semuanya disebabkan rasa bosan Alexey Pajitnov, pencipta kepada permainan Tetris yang sehingga sekarang dimainkan.

Semuanya bermula pada musim sejuk tahun 1970 apabila Pajitnov terpaksa menghabiskan masanya di rumah kerana kecederaan kaki yang memaksa beliau berehat panjang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketika itu, beliau masih berumur 15 tahun dan untuk membunuh rasa bosan duduk di rumah, kawan-kawannya telah membawa permainan matematik.

Dan ketika itu, semuanya mula berubah, Pajitnov sedar bahawa dia sebenarnya sudah mula ketagih dengan semua permainan yang berunsur puzzles. Sejak itu, terlahirlah pentomino puzzles – salah satu permainan yang meminta pemain mencantumkan setiap kotak-kotak menjadi satu blok.

34537318980_bc0e436b46_b
Alexey Pajitnov – Tetris software designer (Photo credit : Mark Mathosian)

Selepas melalui zaman remaja dan berjaya menamatkan pengajian beliau di Moscow Institute of Aviation, Pajitnov bertugas di Jabatan Komputer Akademi Sains Rusia dan dibekalkan dengan sebuah komputer jenis Electronica 60.

Pada awal 1980an, salah seorang rakan sekerja Pajitnov telah memperkenalkan permainan Pac-Man kepada beliau.

Pajitnov yang terilham dengan permainan tersebut telah mencipta pengalaman baharu bagi pentomino puzzles. Beliau berjaya mencipta versi pertama permainan tersebut dalam masa enam hari – menggunakan empat kepingan segmen (bukannya lima) dan datang dalam tujuh bentuk yang berbeza.

Beliau juga turut dibantu oleh beberapa orang yang lain dan melalui bantuan tersebut terhasillah beberapa pengubahsuaian – menghilang blok paling bawah apabila semua ruang atas diisi dan ditambah dengan muzik dan warna.

Apabila semuanya terhasil dengan baik, Pajitnov menamakan permainan tersebut dengan nama Tetris.

Pada permulaan permainan itu dikeluarkan, Tetris gagal memberi untung buat Pajitnov apabila terikat dengan perjanjian selama 10 tahun yang menjadikan Tetris sebagai hak milik Akademi Rusia.

maxresdefault
Tetris in Macbook. (Photo : Youtube)

Tetapi dengan sikap keras kepala Pajitnov, beliau telah menghantar beberapa salinan percuma kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada komputer. Daripada situ, bermulalah gelombang Tetris yang pertama pada tahun 1986, hampir semua orang di United Socialist Soviet Republics (USSR) menjadi gila dengan permainan tersebut.

Nasib beliau menjadi lebih baik apabila seorang penjual komputer kelahiran Inggeris, Robert Stein berminat untuk memasarkan produk tersebut. Semuanya disebabkan lawatan Stein ke Institut Sains Komputer Hungary – beliau melihat orang ramai bukan sahaja bermain permainan tersebut tetapi mereka cuba menukarkan format permainan tersebut untuk dimasukkan ke model komputer jenis Apple dan Commodore.

Bagi Stein, ini adalah produk dengan potensi jualan. Stein menghubungi Pajitnov, menawarkan 75 peratus jualan royalti (selepas perbelanjaan).  Tetapi disebabkan hak untuk Tetris dipegang sepenuhnya oleh Electronorgtechnica (ELORG) – salah satu badan kerajaan yang melindungi semua perisian komputer dan teknologi. Perjanjian di antara Pajitnov dan Stein tidak pernah berlaku.

Sehinggalah permainan ini memasuki pasaran Amerika Syarikat pada awal tahun 1988 serta menjadi eksport penting Soviet Union.  Permainan ini telah menarik minat ramai orang yang melihat potensi untuk memasarkan produk ini, salah seorang daripadanya ialah Henk Rogers.

Rogers seorang usahawan bekerjasama dengan Nintendo untuk cuba mendapatkan hak pemasaran ke atas Tetris. Kedua-dua pihak – Nintendo / Rogers dan Pajitnov – membuat pertemuan rasmi di Akademi Rusia pada 1989. Tetapi mereka masih lagi terhalang oleh ELORG yang mempunyai hak ke atas Tetris.

4-9kwvaq9MtmdDyIAG7GgUByw3nKkeooMC_sm2tmIcE
Tetris in Nintendo. (Photo : Nintendo)

Semuanya mula berubah menjelang 1995 apabila Soviet Union dibubarkan dan ekonomi Rusia mula bersifat terbuka. Pada waktu itu juga, perjanjian di antara Pajitnov dan ELORG tamat tempoh. Dan Rogers menawarkan untuk membuka satu syarikat baru yang memberi kuasa penuh kepada Pajitnov ke atas permainan ciptaannya sendiri.

Tawaran tersebut sukar ditolak Pajitnov dan sejak permainan itu dibina, Tetris telah mendapat tempat di hati semua orang apabila direkodkan terjual sebanyak 170 juta salinan secara fizikal dan 425 juta secara muat turun melalui telefon/tablet dan menjana hampir $1 bilion jualan.

Siapa sangka, bermula dari rasa bosan, Pajitnov telah berjaya mencipta satu permainan yang masih dimainkan oleh semua orang sehingga kini. Jadi, hargailah rasa bosan korang tersebut.

Di sini kami kepilkan artikel lain mengenai permainan video untuk pengetahuan anda. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Epic Games Umum Permainan Video ‘John Wick Hex’

‘Game Card’ Drama Pukul 7 Ini Benar-Benar Seperti Konflik Di Dalam Drama Melayu

Pelajar Ini Hasilkan Semula Game Pokémon Dengan Peta Malaysia