Antara benda yang akan aku ingat sepanjang study di China ni; dia punya public transport, terutamanya kereta api. Mana taknya sekali naik, 60 jam (Xinjiang), 21 jam (Guangzhou) dan 30 jam (Sichuan).

Bagi aku naik train adalah antara cara paling mudah untuk anda travel dekat China. Murah pun murah, selesa tetapi ‘sakit’ sikitlah sementara nak sampai ke destinasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kiranya sepanjang dalam dalam train tu, anda akan buat macam-macam benda untuk “kill the time”. Kalau ada buku, boleh baca, kalau dalam phone ada lagu, boleh la dengar (tapi nak dengar lama mana sangat sampai berjam), kalau yang dah well-prepared tu, dah download siap-siap movie/tv series, maka bolehlah tengok sepanjang journey nanti.

train 5

Atau pun nak practice anda punya language, bolehlah sembang-sembang dengan jiran satu gerabak. Kalau dapat yang friendly OK lah, even baru cakap, “Nihao, wo shi malaixiya ren, zai Beijing dushu” (translate:Hello, saya orang Malaysia, study di Beijing) pun dia akan respon “Wow, hebatnya bahasa Cina anda, anda memang hebat!”

Pastu dia akan mula sembang tanya pasal career anda, kenapa study dekat china, mana dapat duit, kenapa muka tak macam orang Malaysia, Malaysia dekat mana (Inii paling tak best, sebab mereka lagi tah Singapura). Kalau yang bertudung dia tanya kenapa pakai tudung, kalau dia nampak anda tengah solat, dia tanya kenapa anda solat dan macam-macam Se, everyone can spread a word about Islam.

train 6

Itu kalau yang friendly lah, kalau kena yg tak friendly, dia akan perhati sahaja gerak geri anda dengan garang. So, behave. Nak tidur jangan dengkur kuat sangat, nak cakap phone slow-slow, nak gelak dengan member pun jangan seronok sangat, nanti kena sound.

Selain itu, boleh juga belajar pasal tingkah laku orang China. Kita mula dengan yang tak best dahulu. First, kena paham yang naik train ini, tak semua yang well-educated, ada jugak yang first time naik kereta api. Kalau nampak berak tak flush, itu biasa. Tutup hidung, mata tengok atas, tekan butang flush, lepas itu anda pakailah tandas tu dengan tenang.

RARE CASE : Berak tak tutup pintu, ada juga. Muka selamba dan sangat chill. Maka jangan terkejut. Buat-buat tak nampak sudahlah. Mungkin dia tak perasan ada pintu. Atau mungkin, dia lupa dia sedang berada di atas train?

GOOD THING : Dalam train aku nampaklah betapa orang China ni sangat menjaga jadual makan mereka, contoh 7 pagi waktu sarapan, maka semua orang akan bangun, isi air panas, masak maggi, makan roti, makan buah dan pelbagai juadah makanan pagi. Lepas settle makan , mereka akan sembang-sembang, gelak-gelak sikit, settle down balik ke tempat masing-masing, pastu lena balik. Suasana kembali sunyi.

Train 2

train 3

train 4

12 TENGAH HARI : Semua bangun balik, isi air panas , masak maggi, makan. “Food trolley” pun akan lalu lalang jual makanan. Suasana menjadi meriah. Budak-budak akan berlari ke sana sini, cari apa tak tahulah, ada yang menangis minta mak beli makanan, ada yang menangis sebab lapar. Maybe perut dia dah set pukui 12 lapar balik, padahal aku rasa baru saja sarapan tadi.

Macam itulah ceritanya juga untuk dinner. Benda ini sangat berbeza bagi kami (student Malaya), tak ada fixed schedule bila nak makan bila nak tidur. Ikut suka. Entahlah ini satu benda bagus ke tidak, tetapi bila Chinese ada jadual macam itu aku nampaklah they are people with discipline about when to eat, when to sleep.

Kadang-kadang bagus jugak berjadual ni. Boleh control makan tak banyak, tak sikit. Begitulah aku sendiri pun kalau lapar malam-malam lepas main futsal atau badminton, nasik kandar dulu. Thank you baca sampai sini. Ada masa kita berjumpa lagi.

TRAIN FAR FROM BEIJING
28TH HOURS OF 30
PENGEMBARA MALAYA