Pegawai perubatan Dr. Ahmad Samhan Awang berkata rakyat di negara ini mampu untuk memutuskan rantaian virus COVID-19 dengan mencontohi apa yang dilakukan masyarakat Wuhan di China dalam berdepan dengan pandemik ini.

Dr Ahmad Samhan berkata demikian dalam satu video bertajuk Apa Jadi Jika Rantaian Wabak Gagal Dihapuskan? yang terbit di ML Studio baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2020-03-27_10-59-45

“Cuba kita lihat pula di Wuhan (China) yang bermulanya virus ini, mereka sudah mampu untuk membanterasnya.

“Kerana mereka berkerjasama di antara frontliner (petugas barisan hadapan) dan juga masyarakat yang boleh disiplin duduk di rumah,” katanya.

Dalam perkongsian yang bercerita mengenai tiga komplikasi sekiranya rantaian wabak COVID-19 tidak diputuskan, beliau juga menasihatkan agar rakyat Malaysia patuh dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini.

Antara inisiatif yang telah dilakukan kerajaan untuk memerangi wabak ini adalah dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini dan menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan social distancing.

“Buat kuarantin supaya tidak jadi ejen penyebar virus ini, kerana anda sendri tidak tahu sebenarnya telah dijangkiti dan jangan jadi ejen penyebar untuk virus ini.

“Jika kita semua bekerjasama kita mampu utuk menghentikan penyebaran virus ini,” tegas beliau.

Seandainya gagal untuk memutuskan rantaian wabak ini, beliau berpendapat negara kita akan menghadapi tiga komplikasi utama seperti kelumpuhan barisan hadapan, kekurangan peralatan sokongan serta kemungkinan berhadapan dengan gelombang ketiga.

Walaupun selepas seminggu dilaksanakan, masih terdapat sebilangan kecil rakyat Malaysia yang dilihat gagal untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Perkara ini sudah semestinya tidak boleh dipandang ringan kerana ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara kita.

Baca perkongsian lain kami mengenai pandemik COVID-19 di dalam dan luar negara ketika ini. Klik pauatan di bawah untuk membaca. 

Penduduk 2 Kawasan Di Johor Diperintah ‘Berkurung’ Selepas Disahkan 61 Kes Positif COVID-19

Gaji Jemaah Menteri Dipotong Dua Bulan Untuk Tabung COVID-19

Bebas Daripada COVID-19, Pelancong China Sedia Untuk ‘Travel’ Semula Seawal April Ini