Hari ni abang nak cerita tentang PTPTN dan travel ke Indonesia.

Bulan lepas, abang rancang nak ke Indonesia untuk ziarah anak saudara belajar di sana (abang nak pergi selama 12 hari : 8hb-20hb Disember 2016). Abang pergi bersama kakak kandung abang dan seorang anaknya yang masih bersekolah rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

15/11/2016 : Abang pun dengan semangatnya pergi la semak nama dekat Imigresen sebab abang ada TUNGGAKAN dengan PTPTN sejak 2014.

Bila semak, pegawai tu kata, nama encik clear, nama tak blacklist untuk ke luar negara. Abang pun apa lagi, pergi kaunter sebelah, buat passport yang bernilai RM200.00. Selesai buat passport, abang pun call kakak abang untuk urusan beli tiket flight (online). Dia pun beli la tiket AirAsia (Penang – Surabaya) dua hala RM800.00.

Abang pun sedia lah segala mak nenek semua. Tukar duit Indonesia Rp2,200,000.00 dan tempah hotel dan tiket keretapi di Indonesia (RM200.00)

Jadi jutawan kejap oi. Memang bersemangat sebab sepanjang 25 tahun hidup, tak pernah naik flight. Kakak ada pesan, semak nama dulu di migresen sebab suami dia pernah kena block di lapangan terbang sebab income tax ada sangkut.

Dia bagi link, jadi abang pun check la di http://sspi2.imi.gov.my

Keputusan dia “Tiada Halangan”. Abang pun makin berkobar-kobar la nak pergi Indonesia ni. Tapi abang hairan jugak status “Tiada Halangan” tu sebab ramai kawan-kawan bagitau kalau ada tunggakan dengan PTPTN tak boleh ke luar negara.

Dek kerana ghairah nak pergi berjalan, abang terlupa satu benda. Abang tak pergi semak di PTPTN langsung sama ada nama abang benar-benar bersih untuk ke luar negara. Tambahan pulak, tiada masalah masa abang beli tiket kapal terbang.

Baca: Ini Apa Yang Peminjam PTPTN Perlu Tahu Supaya Rekod CCRIS Bersih Dan Tidak Dihalang Ke Luar Negara

Dua hari sebelum flight (06/12/2016)

Abang semak online sekali lagi untuk pastikan nama abang betul-betul clear. Result masih lagi, “Tiada Halangan”. Kemudian abang pun fikir, mungkin sebab total hutang abang tak berapa banyak (RM7500.00++), PTPTN tak block. Mungkin ada minimum limit tertentu baru dia block.

Hari Penerbangan (08/12/2016)

Abang tak berapa reti sangat tentang flight ni semua. Kebanyakannya diurus oleh kakak abang. Online Check In, Luggage dan sebagainya. Yang abang tau kejap lagi nak naik flight mengucap dulu. Abang sampai di Penang Airport jam 4:30 Petang memandangkan flight abang pukul 7:00 Petang.

6:00 Petang : Dah selesai salam cium tangan abang ipar, anak menakan semua, abang pun dengan penuh kemachoan berjalan masuk ke ‘pelepasan antarabangsa’ dan di sini lah segala episod duka lara sedih kecewa geram marah tak tau nak cakap bermula.

Abang sangkut di situ selepas Pegawai Imigresen bagitau nama abang blacklist untuk ke luar negara! Kalian taktau betapa meruntunnya jiwa bila dengar pegawai tu cakap lagu tu.

Abang tanya, 2 hari lepas saya check online, nama saya clear. Kenapa hari ni blacklist pula encik? Dia kata, nama encik baru sahaja blacklist semalam. What the fish? Semalam baru blacklist? Aduhai. Jam menunjukkan tepat 6:30 petang. Flight abang pukul 7:00 petang.

Pegawai tu minta abang cuba hubungi PTPTN untuk selesaikan tunggakan terlebih dulu. Tapi jam dah 6:30 petang, PTPTN mana yang rajin buat OT?

Kemudian pegawai tu bagi satu nombor telefon seorang pegawai PTPTN, abang pun call lah. Dia pula sedang bercuti tapi setakat naksemak tunggakan tu boleh, tiada masalah (terima kasih cik kak atas budi baik).

Dia kata abang ada tunggakan dengan PTPTN dan kena selesaikan melalui online banking kalau nak clearkan nama. Tapi dia tak dapat pastikan nama abang akan clear serta-merta selepas membuat pembayaran.

Jadi abang ambil keputusan untuk tak jadi ke Indonesia. Cuti 12 hari duduk di rumah jadi jebon.

Moral of the story

Jangan sangka nama kalian tak blacklist walaupun tak dapat sebarang notis atau makluman dari pihak PTPTN. Kalau tak pernah bayar atau kejap bayar  kejap tak bayar, memang blacklist lah tu. Selesaikan dulu tunggakan kalian sebelum buat sebarang perancangan untuk ke luar negara.

Abang dah clear semua tunggakan termasuk total hutang PTPTN pakai Akaun Kedua KWSP. Kalau kalian ada tunggakan, selesaikan terus pakai akaun kedua tu.

Jangan jadi macam abang, menyesai pun tak guna. RM800.00 duit tiket burn begitu sahaja. Sekian. Terima kasih sebab rajin baca sampai habis.

Baca lagi: Adakah ‘Reschedule’ Pinjaman Satu Kesilapan Atau Penyelesaian, Dan Kaitan Dengan PTPTN