Siapa sangka dengan hanya membuka rangkaian kopi di Indonesia berjaya menarik perhatian selebriti popular Jay-Z dan pemain tenis popular dunia iaitu Serena Williams untuk melabur dalam bisnes ini.

Mula diperkenalkan pada tahun 2017, tiga rakan persekolahan ini iaitu Edward Tirtanata, James Prananto and Cynthia Chaerunnisa tampil dengan idea untuk membangunkan sebuah rangkaian kedai kopi di Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Bocoran-Tips-Bisnis-Kopi-dari-CEO-Kopi-Kenangan-b
CEO dan pengasas bersama Kopi Kenangan, Edward Tirtanata. Sumber: wananow

Dinamakan dengan sebagai Kopi Kenangan, konsep rangkaian kedai ini mensasarkan kepada golongan muda masa kini yang sering mengadunkan soal perasaan atau mood bersama kopi.

Lebih cool, senarai minuman-minuman di Kopi Kenangan juga sangat tepat dengan tagline mereka iaitu ‘kenangan manis yang sudah tidak ada, tapi suka datang tiba-tiba di pikiran’. Berikut merupakan senarai menu di Kopi Kenangan.

Screenshot 2019-12-28 at 5.16.26 PM
Sumber: Kopi Kenangan
Screenshot 2019-12-28 at 5.16.02 PM
Sumber: Kopi Kenangan
Bagaimana Kopi Kenangan tarik perhatian syarikat konsultansi Jay-Z

Mengulas mengenai bagaimana Kopi Kenangan memperoleh suntikan dana syarikat konsultansi milik Jay-Z, difahamkan pihak mereka kagum dengan perkembangan Kopi Kenangan yang berjaya membuka lebih 200 rangkaian di 18 daerah serta melahirkan 1,800 pekerja dalam tempoh yang singkat.

Misi Kopi Kenangan untuk tampil sebagai jenama kopi yang popular seluruh dunia dilihat jelas setelah syarikat ini berjaya menawarkan lebih 3 juta gelas kopi setiap bulan buat para peminat.

Data-data ini sekaligus meyakinkan syarikat konsultansi Jay-Z dimana Kopi Kenangan berjaya berkembang 20 kali lebih cepat sejak mula mendapat dana melalui Alpha JWC pada tahun lalu.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali rangkaian kopi yang berusia dua tahun ini menerima suntikan dana yang besar. Sebelum ini Kopi Kenangan berjaya menerima $20 juta (~RM82.55 juta) pada Jun tahun lalu dan $8 juta (~RM33 juta) lagi beberapa bulan seterusnya.

Jenama ini juga dilaporkan bersedia untuk membuka lebih 1,000 rangkaian sekitar dua tahun ini di serata Asia Tenggara.

Mengulas mengenai harga, jelas Kopi Kenangan menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding rangkaian kedai kopi yang lain. Minuman popular mereka iaitu Es Kopi Kenangan Mantan cuma dijual dengan harga sekitar Rp18,000 (~RM5.33).

Pelaburan daripada Jay-Z ini jelas memberi kelebihan buat Kopi Kenangan untuk melebarkan jaringan bisnes mereka. Selain itu, Jay-Z juga turut mempunyai rekod pelaburan yang baik sejak mula bergelar ahli perniagaan beberapa tahun terakhir ini. Dianggarkan pelaburan daripada Jay-Z kini bernilai sekitar $1 bilion (~RM4.13 bilion).

Sekiranya anda bakal ke Indonesia dan merupakan peminat kopi, mungkin Kopi Kenangan yang perlu anda cuba.

Sekiranya anda suka dengan artikel Kopi Kenangan ini kami yakin anda pasti berminat dengan artikel rahsia jatuh dan bangun Starbucks ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia

Kedai Kopi Tepi Jalan Unik Di Seremban Tarik Perhatian Netizen