Hari ini saya ingin kongsikan sedikit hasil kerja Deco Guru mengubahsuai sebuah pejabat dari kosong sampai siap di Conezion, Putrajaya.

Tahun ini, salah satu strategi Go Big kami adalah dengan ‘venture’ projek komersil seperti pejabat, galeri jualan dan industri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Projek kali ini kami reka khas untuk Arba Travel, syarikat travel Bumiputera yang sedang meningkat naik.

14

arba:vckt

12

Untuk permulaan masa kami being approached, kami tidak terus terjun ke drawing board, sebaliknya kami mengenali profil klien dulu. Perkara-perkara seperti bagaimana budaya kerja mereka, visi, tema ofis dan ini semua adalah background study yang perlu kami buat sebelum masuk ke fasa design.

Selepas perbincangan, kami cadangkan untuk pejabat bersaiz 4,000 kaki persegi ini konsep 4F iaitu FUN, FLEXIBLE, FAMILY FRIENDLY dan FUNCTIONAL. Pada kami, inilah yang define apa itu Arba Travel dan budaya kerja mereka. Sejajar dengan langkah mereka untuk redefine apa itu ‘kerja’.

arba:vckt3

13

arba:vckt6

Ruang dalaman ofis dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu private, semi private, dan open. Kombinasi 3 ruang ini amat penting kerana mood pekerja dan keperluan aktiviti ofis memerlukan ruang untuk berfungsi secara fleksibel.

Jom kita jelajah rekaan pejabat ini dengan lebih mendalam.

Masuk saja ofis, anda akan dijemput dinding merah yang merupakan warna korporat Arba Travel.

Perkataan ‘Tunggu Sekejap’ itu pula diambil dari lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Dari pintu masuk ini, anda boleh terus nampak tim Arba sedang bekerja melalui dinding cermin. Kiranya boleh ambil vibe budaya kerja di Arba sementara dipanggil.

Pada lantai pula anda boleh lihat arah untuk pergi ke ruangan lain. Anda pasti akan perasan ruang besar berkarpet bentuk macam pizza. Ini adalah ruang utama di Arba Travel. Di sini lah segala aktiviti contohnya staff briefing, presentation, pitching session akan berlangsung. Small discussion untuk beberapa group serentak juga boleh diadakan di sini.

arba:vckt4

arba:vckt8

arba:vckt9

Area pantry pula kami design macam bar. Biasanya orang tidak akan lepak lama di pantry kerana bukan cantik pun dan ruang ini memang tidak perlu design. Akan tetapi di sini, kami reka dengan konsep bar supaya apabila pergi pantry rasa ingin lepak di sana sampai balik. Tambah lagi di area pantry ada 2 buah buai yang boleh tampung berat orang dewasa. Jadi anda boleh main sampai puas. Memang santai.

Untuk ruang bekerja, ada beberapa bahagian. Ruang bekerja utama kami gunakan warna kuning supaya ruang nampak lebih terang dan besar. Di sinilah ruang utama sales force Arba akan ditempatkan.

Selain dari ruang bekerja yang besar dan terbuka, Deco Guru reka tempat kerja khas iaitu ‘ Dont kacau me space‘. Ini adalah ruang kerja persendirian dimana lebih private dan dijamin tidak akan dikacau dengan rakan lain. Kalau penat mahu layan orang ajak sembang, bolehlah buat kerja di sini.

arba:vckt10

11

arba:vckt7

Tarikan lain di ofis ini pula ialah board room. Sengaja kami design dengan ambiance dark dan ekslusif, Godfather themed room. Supaya apabila staff kena panggil, mereka rasa takut. Haha.

Wainscoting, chandelier light dan dark timber flooring adalah elemen penting untuk konsep dark and eksklusif ini.

Bilik-bilik diskusi lain juga kami design dengan warna cerah, wall art dan lampu pendant. Pendek kata, semua ruang di dalam ofis ini kami design supaya memenuhi konsep 4F tadi.

Nak cerita panjang lagi memang tidak akan habis, jadi silalah tatap gambar-gambar hasil kerja ofis Arba Travel.

Semoga design ini memberi inspirasi untuk reka ofis anda nanti. Budaya kerja kini sudah berubah, ofis pun sudah jadi rumah ke-2, jadi rekaan itu perlu diberi perhatian penuh, bukan sekadar cubicle dan komputer.

Sekian, enjoy!

Ahmadkhairul Sabirin
Deco Guru designer