“Sneaker Con” merupakan satu acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu oleh para sneakerheads di Amerika Syarikat dengan tagline “The Greatest Sneaker Show on Earth”.

Sneaker Con atau Sneaker Convention yang pertama kalinya berlangsung pada tahun 2009 di New York ini merupakan suatu acara yang mengumpulkan para peminat sneakers dan streetwear di dalam satu arena dengan pelbagai aktiviti seperti jual beli dan pertukaran (swap & trade) kasut dan barangan streetwear. Sneaker Con yang pertama bagi tahun 2019 ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 2 Februari yang lalu di bandar Fort Lauderdale, Florida.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam setiap acara Sneaker Con, terdapat banyak vendor dan reseller yang membuka booth mereka dan menawarkan serta serta barangan streetwear edisi terhad untuk dijual. Namun bagi satu vendor di “Sneaker Con” kali ini, mereka melakukan yang sebaliknya.

Sneaker Con 2019
Poster rasmi Sneaker Con New York

Urban Necessities, sebuah kedai reseller dan consignment yang berpengkalan di Las Vegas, telah membuka booth mereka di Sneaker Con kali ini untuk membeli SEMUA sneakers yang berkondisi DS (Dead Stock / Baru / Belum Dipakai) pada hari itu. Saya ulangi, SEMUA DS sneakers pada hari itu!

Sejak ditubuhkan pada 2014, Urban Necessities sememangnya terkenal sebagai sebuah kedai reseller dan consignment bagi sneakers dan streetwear seperti Flight Club di New York dan Los Angeles. Pemilik Urban Necessities, Jaysse Lopez atau lebih dikenali sebagai Two Js Kicks (twojskicks di Instagram) telah berkongsikan sebuah video yang menunjukkan bagaimana beliau membeli hampir seribu pasang pelbagai sneakers edisi terhad secara bersahaja seperti membeli barangan dapur di pasar malam secara tunai.

Terdapat juga vendor yang telah menutup booth mereka kerana semua kasut yang mereka bawa telah dibeli oleh Jaysse Lopez walaupun pintu utama untuk pengunjung Sneaker Con masih belum dibuka secara rasmi. Di dalam video ini juga anda akan dapat lihat di mana terdapat krew video yang merakam segala aktiviti Jaysse Lopez pada hari itu.

Ini kerana mereka sedang merakamkan sebuah rancangan realiti bertemakan sneakers untuk sebuah stesen TV terkenal di Amerika Syarikat yang memaparkan kehidupan Jaysse Lopez dan segala aktiviti di kedainya iaitu Urban Necessities.

Pada akhir video ini Jaysse Lopez menjelaskan bahawa beliau telah menghabiskan USD150,000 (~RM611,620) secara tunai untuk membeli kasut pada hari itu. Untuk makluman anda juga, ini bukanlah pertama kali Jaysse Lopez melakukan aktiviti memborong skala besar sebegini. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa Jaysse Lopez sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk membeli sneakers?

Rupa-rupanya Jaysse Lopez menjelaskan bahawa semua kasut yang dibeli pada hari itu akan diterbangkan ke New York di mana beliau sedang dalam persiapan untuk membuka cawangan baharu Urban Necessities di sana. Urban Necessities New York dijangka akan di buka pada 9 Mac 2019. Anda tontonlah video berdurasi 50 minit ini. ‘Gila’ betul beliau membeli. Selamat maju jaya buat Two Js Kicks dan Urban Necessities.