Gadis yang berasal dari Amerika ini mempunyai sampah (tempoh 4 tahun) yang boleh dimuatkan dalam satu balang kecil. Ya, saya ulang 4 TAHUN sahaja. Kalau kita agaknya berapa helai beg sampah hitam yang perlu dikeluarkan dalam sehari untuk masukkan sampah yang berlambak dalam rumah itu?

Ini adalah sampah dibuang oleh seorang gadis dalam tempoh 4 tahun sahaja.

Diberi nama Lauren Singer yang tinggal di NYC merupakan pelajar jurusan Pengajian Alam Sekitar. Dia menjalani hidup gaya Zero Waste. Zero Waste Lifestyle ialah satu cara hidup dengan tidak menghasilkan sebarang sampah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada suatu hari, dia berada di dalam kelas dan tersedar bahawa hampir semua pelajar termasuk dirinya membawa bekal makanan tengah hari di dalam bekas plastik pakai buang. Bukan itu saja, botol plastik, sudu garfu plastik dan beg untuk isi segala makanan juga diperbuat daripada plastik.

Dia berfikir, bukankah ironi apabila mereka mengambil major dalam Pengajian Alam Sekitar yang sepatutnya belajar bagaimana ingin membaik pulih alam sekitar membawa benda yang diperbuat daripada plastik dan akhirnya akan dibuang dalam tong sampah. Pada masa itu juga, beliau mengambil tindakan untuk menjalani hidup Zero Waste Lifestyle.

Anda mungkin tanya, “Semua benda dalam hidup ini buat daripada plastik kot. Macam mana nak elakkan plastik?” Ya, betul tu. Segala benda diperbuat daripada plastik. Botol syampu, berus gigi, sudu, garfu. Hampir semua benda lah. Jadi, Lauren telah menggantikan beberapa benda untuk elak guna plastik/buang plastik.

Dia guna canvas tote bag apabila keluar beli barang runcit. Canvas tote bag ini kan dah trending dalam Malaysia sekarang tapi simpan dalam almari saja beg itu apabila nak keluar beli barang runcit. Jadi, anda tahulah nak buat apa dengan tote bag tu. Jangan lupa bawa tote bag bila pergi mall nanti, tak ada guna plastik dah.

Dia juga guna botol air/reusable cup apabila nak beli air di luar. Kalau di Amerika ini, tak ada masalah kalau nak suruh barista isikan air dalam botol/mason jars yang pelanggan bawa ke kafe. Tapi kalau dekat Malaysia ini tak tahulah.

Untuk akak dan abang hipster yang pergi kafe mewah sekali seminggu itu, bolehlah beli botol kafe yang cantik itu dan minta baristas masukkan frappe dalam tu. Contoh, setiap kali guna botol Starbucks di mana-mana cawangan di Malaysia ni, anda akan dapat potongan RM2.

Akhir sekali, Lauren hasilkan sendiri syampu, sabun mandi, ubat gigi dan juga deodaran. Buat ubat gigi sendiri? Eww. Ala, tak teruk mana pun. Letakkan peppermint oil sikit dengan baking soda tu, dapatlah fresh and minty toothpaste.

Apabila dah selesai baca artikel ini, fikir-fikirkanlah tentang alam sekitar kita. Perasan tak pokok semakin kurang setiap masa? Kalau dah tak ada pokok nanti, mana nak cari oksigen? Bila laut semua dah tercemar dengan minyak dan sampah, macam mana nak makan shell out nanti?

Sumber