Samsung, sebuah syarikat yang membuat pelbagai produk daripada mesin pembasuh pinggan mangkuk ke telefon pintar, kini telah menjadi salah satu nama yang paling berkuasa dan dikenali dalam industri teknologi.

Kini Samsung sudah terkenal sebaris dengan Apple, Facebook, Microsoft, Amazon dan Google sebagai salah satu syarikat teknologi yang paling penting dalam dekad ini.

Jadi bagaimana Samsung sampai ke tahap ia berada sekarang?

Kita imbas kembali pada sejarah syarikat, bermula sejak tahun 1938 di mana ia adalah sebuah syarikat yang mengeksport ikan kering ke China.

Nota: Kebanyakan maklumat ini diambil dari sejarah rasmi korporat Samsung dan pelbagai laporan dan cerita tentang syarikat itu.

Samsung telah diasaskan oleh Byung-Chull Lee pada tahun 1938 di Taegu, Korea. Syarikat ini bermula sebagai pengeksport makanan di Korea dan mengeksport barang-barang seperti ikan kering dan tepung ke China.

Samsung mengembangkan perniagaan ke industri lain pada tahun 1950-an dan 1960-an, seperti insurans hayat dan tekstil.

Samsung Electronics bermula pada tahun 1969. Divisyen ini kebanyakannya fokus kepada pembuatan televisyen (TV). TV pertama Samsung adalah TV hitam putih yang mula dijual pada tahun 1970.

Samsung berkembang ke lebih banyak bidang dalam tahun 1970-an, termasuk petrokimia. Ia juga mula membuat mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro.

Samsung mula memberi lebih tumpuan kepada elektronik pada 1980-an. Syarikat itu mula mengeluarkan TV berwarna, komputer peribadi, VCR, dan perakam pita. Dalam dekad ini juga Samsung mula mengeksport lebih banyak produk ke Amerika Utara.


Samsung bekerjasama dengan BP pada tahun 1989 untuk membentuk Samsung BP Chemicals. Syarikat itu menjual bahan kimia di Korea.

Pada awal dan pertengahan tahun 1990-an, Samsung mula menghasilkan memori dan cakera keras untuk digunakan dalam komputer peribadi. Itu masih merupakan sebahagian besar daripada perniagaan Samsung hari ini.

Menurut legenda syarikat, salah satu daripada telefon bimbit pertama Samsung tidak berfungsi apabila ia dikeluarkan pada tahun 1995. Apabila Pengerusi Samsung Kun-Hee Lee mendapati tahu tentang hal ini, beliau melawat kilang di mana telefon itu dibuat dan dilaporkan mengarahkan keseluruhan inventori dibakar.

Selepas kesilapan awal itu, Samsung mula mengambil perhatian lebih serius dalam industri telefon bimbit bermula akhir tahun 1990-an. Ia mengeluarkan telefon dengan Internet bermula pada tahun 1999. Industri telefon bimbit terus berkembang dan menjadi perniagaan yang paling menguntungkan untuk syarikat Samsung.

Pada akhir 1990-an, Samsung membuat lebih banyak kemajuan dalam pembikinan televisyen. Ia adalah syarikat pertama yang mengeluarkan tv digital secara besar-besaran pada tahun 1998.

Samsung mula membuat TV HD pada awal tahun 2000. Ia kemudiannya membuat pemain Blu-Ray peralatan teater rumah yang lain. Hari ini, Samsung membuat antara TV HD terbaik yang anda boleh beli.


Samsung memperkenalkan telefon Android yang pertama, Galaxy S, di Mobile World Congress pada tahun 2010. Syarikat ini kini mengeluarkan antara telefon pintar terbaik yang anda boleh beli.

Samsung mengeluarkan Galaxy Tab pada musim luruh tahun 2010. Peranti 7 inci ini adalah tablet Android arus perdana yang pertama.


Samsung juga memperkenalkan Smart TV di Consumer Electronics Show pada tahun 2013. Smart TV mampu mencadangkan cerita atau tayangan untuk anda tonton.



Dan ini membawa kita kepada hari ini. Terima kasih di atas kejayaan pemasaran dan produk yang hebat, Samsung membuat telefon pintar lebih banyak berbanding pesaing-pesaing lain. Dan ia terus membuat pelbagai jenis komponen dan elektronik. Jika peranti itu menggunakan elektrik, Samsung mungkin akan menjadikannya produk mereka.

BACA: Sekiranya Anda Sukakan Skrin Besar Anda Pasti Mahu Tablet Terbaru Dari Samsung Ini

Sumber: Business Insider

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram