Satu ciapan dari Elon Musk telah berjaya menjadikan GameStop Corp. sebagai syarikat yang bernilai lebih dari USD$ 10 bilion buat pertama kalinya.

Menurut laporan Market Watch, saham syarikat GameStop meningkat 92.7% pada hari Selasa, mendorong permodalan pasaran syarikat kepada USD$ 10.3 bilion.

GameStop dinilai sebanyak USD$ 10 bilion pada akhir 2007, tetapi berjaya menjangkau nilai tersebut buat kali pertama pada hari Selasa.

Ciapan yang dibuat oleh ketua eksekutif Tesla itu, bersama-sama dengan laman Reddit WallStreetsBets, memberi kesan yang besar kepada GameStop apabila saham mereka naik lebih dari 50%.

Untuk rekod, itu bukanlah kali pertama ciapan dari Musk yang memberi kesan kepada saham syarikat.

Terdahulu, dia yang memuat naik status mengenai barangan di laman Etsy juga telah berjaya membawa saham Etsy naik melambung tinggi.

“Kekuatan ciapan anda. Dalam masa dua minit dari ciapan ini, stok [Etsy] memperoleh capaian pasaran lebih dari satu bilion dolar,” kata salah seorang pengguna di Twitter.

Menurut New York Post, ciapan itu berjaya menggandakan pendapatan Etsy dalam sembilan bulan pertama sejak tahun lalu setelah para pelanggan mencari barangan keperluan di tengah-tengah krisis COVID-19.

Manakala awal bulan ini, Musk telah meminta pengikutnya untuk beralih ke aplikasi Signal selepas isu kontroversi mengenai data pengguna yang dihadapi oleh Whatsapp.

Dan kesan daripada ciapan tersebut, sebuah syarikat yang mempunyai nama serupa, iaitu Signal Advance, mendapat kesan baik apabila sahamnya melambung 400 peratus dalam satu hari.

Saham Signal Advance bagaimanapun kembali ke tahap normal selepas laporan mengenai kekeliruan itu dihebohkan oleh media tempatan.

Dari sudut pandang yang luas, pengaruh yang dibawa oleh Musk dan ciapan yang mudah dan sederhana telah memberi kesan baik dan menguntungkan buat syarikat terbabit.

Manusia terkaya di dunia Elon Musk mahu sedekah RM400 juta, berikut adalah syarat-syaratnya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Manusia Terkaya Di Dunia Elon Musk Mahu Sedekah RM400 Juta, Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Elon Musk Pintas Jeff Bezos Untuk Jadi Manusia Terkaya Di Dunia Dengan Nilai RM789.26 Bilion

Atasi Bill Gates, Elon Musk Kini Manusia Kedua Terkaya Dunia