Hari ini aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak bapak yang nak menyimpan untuk anak.

Cara-caranya :

1. Botol

Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gambar DSV pun boleh.

2. Berbelanja

Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Tricknya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu.

Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang tak ada pilihan.

cara-simpan-duit-untuk-anak-3

3. Terus masukkan duit dalam tabung

Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!

4. Konsisten

Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.

5. Kira duit sama-sama

Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak boleh nak explain.

Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar jugalah air mata bonda dia kahkah.

Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12,600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangat ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!

cara-simpan-duit-untuk-anak-2

Kenapa RM20?

1. Lebih senang nampak

Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!

2. Paksa diri suami isteri

Aku pernah baca simpan duit syiling atau simpan hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak juga sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugk lah kau dapat sebulan.

Tapi aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan!

Kalau tak paksa diri, kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau kau takkan mati kebuluran.

cara-simpan-duit-untuk-anak-1

3. Terjamin jumlah simpanan

Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau bahawa RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.

Kesimpulan yang aku boleh buat adalah, ada cara yang kita ibubapa boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu riban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya.

Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan. Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong.

Akhir sekali kau bawalah duit tu pergi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?

Artikel di atas disumbangkan oleh Aminahtul Marrdiah. Beliau merupakan seorang pegawai undang-undang dan usahawan atas talian. Boleh ikuti beliau di sini.
0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤