Mungkin ada di kalangan kita yang nak travel ke luar negara untuk jangka masa yang panjang tapi tak ada duit yang mencukupi untuk tempoh tersebut. Contohnya kita nak travel di luar negara untuk tempoh sebulan, dua bulan ataupun tiga bulan.

Tapi bajet selalu menjadi antara isu utama yang di hadapi oleh mereka yang bergelar ‘kaki travel bila melibatkan tempoh travel yang panjang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Antara cara untuk mencapai impian anda untuk travel ke luar negara dan menetap di negara tersebut bagi tempoh yang agak panjang ialah dengan memohon menjadi sukarelawan.

Cara ini terbukti menjadi salah satu cara bagi kebanyakan para traveler dari USA, Australia serta negara-negara Eropah dan mereka yang dapat tinggal di sesebuah negara dalam tempoh antara sebulan hingga tiga bulan.

Dan kerana ini jugalah, saya sekarang sedang menjadi sukarelawan di Jepun untuk tempoh  selama tiga bulan dan ia sememangnya memberi banyak pengetahuan baru untuk saya.

tip-travel-dan-jadi-sukarelawan-7

tip-travel-dan-jadi-sukarelawan-8

Ramai orang tanya, macam mana nak mohon?

Zaman sekarang ni, maklumat dihujung jari. Maka, rajin-rajinlah tengok dan cari di internet serta laman web mana-mana badan mahupun syarikat yang sudi ambil sukarelawan. Dengan cara ini, perbelanjaan kita untuk tinggal di negara tersebut dapat dikurangkan terutama dari segi kos penginapan, makanan dan jika bernasib baik, tiket flight pun mungkin diberi sekali (ataupun bayar separuh, pun dah kira ok lah tu kan).

Tapi, dalam kita teruja nak jadi sukarelawan di sesebuah negara, kita harus periksa terlebih dahulu undang-undang dan peraturan di negara tersebut sebelum buat apa-apa keputusan.

Antara yang mesti disemak adalah – maksimum berapa hari boleh kita menetap di negara tersebut, perlu tak kita mohon visa untuk masuk ke negara tersebut dan apa benda yang tak boleh dibawa masuk ke dalam negara tersebut. Lain negara, lain peraturan dan undang-undang nya.

Saya sangat sarankan kepada pelajar-pelajar universiti atau institut pengajian tinggi yang baru tamatkan pengajian ataupun baru habis praktikal untuk cuba aktiviti macam ni.

Kenapa?

Sebabnya anda ada banyak masa lapang ketika itu sementara nak cari kerja tetap. Pada masa yang sama, anda akan melihat dunia dengan perspektif yang berbeza dan anda juga akan lebih berdikari serta dapat kenalan yang lebih ramai.

Dari sini juga, anda boleh kembangkan jaringan kenalan dan mungkin juga ada rezeki anda di situ iaitu peluang pekerjaan lain bila anda menjadi sukarelawan di sesebuah negara asing. Siapa tahu mungkin rezeki di situ.

tip-travel-dan-jadi-sukarelawan-1

tip-travel-dan-jadi-sukarelawan-2

tip-travel-dan-jadi-sukarelawan-3

tip-travel-dan-jadi-sukarelawan-4

Bagi sesetengah orang, bila tengok ada yang selalu travel ke negara lain, kita akan terfikir; “Dia banyak duit, boleh lah pergi banyak negara”.

Terus terang saya katakan, tak semestinya perlu ada duit baru boleh pergi travel ke luar negara. Sebagai contoh, saya telah memohon di online kepada satu syarikat pelancongan yang berpusat di Kyoto, Jepun dan mereka kebetulan sedang mencari individu yang mahu menjadi sukarelawan untuk musim luruh iaitu pada bulan November-Disember.

Ini kerana di musim luruh ramai pelancong yang datang ke Kyoto untuk melihat warna daun berubah. Disebabkan itu, mereka kekurangan kakitangan untuk musim ramai pengunjung daatang ke Kyoto.

Dan sungguh saya tak sangka dapat panggilan melalui email dan mereka interview saya di Facebook. Sehari selepas itu, mereka kata saya memenuhi kriteria yang mereka cari dan minggu depannya saya dah kena berangkat ke Jepun.

tip-travel-dan-jadi-sukarelawan-5

tip-travel-dan-jadi-sukarelawan-9

tip-travel-dan-jadi-sukarelawan-10

tip-travel-dan-jadi-sukarelawan-11

Organisasi yang mencari sukarelawan

Berikut merupakan antara organisasi yang boleh anda cuba untuk memohon menjadi sukarelawan ialah:

  1. Iko Poran
  2. CCIVS
  3. Volunteer Match
  4. Volunteer forever 
  5. Point of Light
  6. Idealist

Ada banyak lagi badan atau syarikat yang mencari sukarelawan. Kita kena pandai cari dan mohon sebanyak yang mungkin.

Sukarelawan ada banyak kategori dan bidang. Ada sukarelawan dalam bidang pendidikan, kesihatan, pelancongan, dan lain-lain bidang. Kalau sangkut satu, kira rezeki anda di situ.

Yang penting, kita usaha, banyak kan mencari, banyak kan tawakal dan doa. InsyaAllah. Mudah-mudahan segala urusan kita semua dipermudahkan. Serta, pandai-pandailah kita membawa diri di tempat orang agar sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Baca lagi: Kembara Ke Eropah Bawa Kami Ke Kem Pelarian Syria Di Turki Dan Ini Yang Terjadi