Salam rakan-rakan. Saya nak kongsi pengalaman dan tips berjaya tukar tiket tanpa dikenakan sebarang caj. Baru-baru ini saya ada book tiket yang berharga RM600++ sehala. Atas kesilapan sendiri, tarikh ini bertindan dengan trip yang lain. Saya tersalah tengok tarikh.

Sebenarnya kalau hal macam ni, 99.9% akan dikenakan penalti dan selisih harga esp tiket promo jika nak tukar tiket sesaja tanpa caj.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin hnya ada 0.01% untuk tukar. Dengan peluang 0.01% tersebut, saya cuba hubungi airlines tersebut (costumer service form). Penaltinya EUR90 atau RM420++. Belum masuk selisih harga.

Dalam borang tersebut, saya menyatakan masalah saya dengan nada yang agak sedih. Saya turut memuji-muji airlines tersebut. Saya turut menyatakan pengalaman yang manis kerana pernah menggunakan airlines ini. Dalam masa yang sama, saya menulis akan terus menyebarkan pengalaman yang excellent menaiki airlines ini.

Saya meminta tarikh dilewatkan dua minggu dari tarikh asal tanpa dikenakan penalti. Sebelum itu, saya memastikan harga tiket pada tarikh yang diminta sama seperti tarikh asal.

Setelah 24 jam, saya mendapat email dari airlines tersebut. Saya amat terperanjat dan bersyukur. Saya mendapat itinerari yang baru.

Alhamdulillah. Airlines tersebut tidak menjawab apa yang saya telah tulis tapi hanya dapat email itinerari (maksudnya mereka telah membaca). Saya mengucapkan terima kasih dan mereka membalasnya.

Baca: 10 ‘Trick’ Beli Tiket Kapal Terbang Dengan Lebih Murah

Kawan-kawan jangan pukul rata isu saya ni. Saya cuma memberikan idea jika berlaku hal seperti saya. Mungkin peluang 0.01 bertukar kepada rezeki. Siapa tahu? Kita usaha. Dapat atau tak dapat tu bukan urusan kita.

Jadi kawan-kawan di luar sana mungkin boleh buat macam ni. Good luck. Berdoa. Rakan-rakan Islam amalkan solat dhuha tapi jangan anggap masalah akan selesai bila solat dhuha. Segala urusanNya.

Apapun sebelum book pikir betul-betul melainkan kalau berlaku hal tak dapat dielakkan yang datang secara tiba-tiba. Kena redha atas segalanya.

Nota: Airlines saya tak tulis sebab nanti orang akan berfikiran airlines ni memang boleh tukar atau orang pukul rata.

Baca lagi: Harga Tiket Kapal Terbang RM2833 Jadi RM0 Apabila Anda Sanggup Berkorban