Hari ini ramai pengguna tv streaming bersorak riang sebab Netflix sudah masuk Malaysia. Jika sebelum ini orang Malaysia perlu guna VPN dan pelbagai lagi untuk akses Netflix tapi sekarang dah tak perlu. Sebelum itu, ada antara anda yang tertanya-tanya apabenda Netflix?

Dalam bahasa mudah, Netflix ini ialah macam (lebih kurang) Astro tapi hanya boleh tonton online. Sebelum ini Netflix hanya beroperasi di US tapi sekarang mereka mengumumkan sudah membuka servis mereka di Malaysia.

Sebelum saya cerita lanjut tentang Netflix, di Malaysia kita sudah ada servis yang hampir sama dengannya iaitu iflix yang mana anda boleh langgan serendah RM8 sebulan. Kiranya iflix ini ialah player baru dalam servis tv streaming dan mereka wujud selepas mendapati tiada servis seumpamanya di Malaysia.

Namun kini, Netflix telah menyertai iflix untuk turut sama-sama memeriahkan industri tv streaming di Malaysia. Bezanya, iflix banyak menyediakan konten-konten tempatan dan Asean. Sebagai pengguna sudah tentu memberi kita lebih banyak pilihan untuk berhibur.

Sebagai seorang manusia yang suka menonton movie sudah tentu saya sign up Netflix. Rugi tak sign up sebab Netflix menawarkan servis percuma selama sebulan. Kalau seronok boleh sambung kalau tak seronok boleh tinggalkan.

Saya juga ada akaun iflix tapi sebulan saja saya guna (free trial), selepas itu saya tidak sambung sebab konten yang ditawarkan tidak kena dengan selera saya.

1. Pakej dan harga yang ditawarkan oleh Netflix

pricing

Kembali semula ke Netflix, pada homepage laman web Netflix anda boleh lihat pakej harga yang ditawarkan. Boleh lihat ada tiga harga berbeza. Paling murah RM33 yang mana anda hanya boleh tonton video dengan kualiti 480p dan terhad kepada satu skrin saja pada sesuatu masa. Kalau nak tonton HD perlu ambil pakej RM42 dan anda boleh guna 2 skrin. Tapi pastikan kelajuan internet 5Mbps untuk tontonan yang smooth. Kalau anda nak lagi power macam saya, pilih Ultra HD boleh subscribe yang RM51 sebulan boleh guna 4 skrin serentak. Tapi kelajuan internet perlu 25Mbps. Bertabah lah bagi sesiapa yang pakai Yes 4G dan mana mana internet ada kuota.

2. Cara pembayaran servis Netflix

payment

Seperti pembayaran online yang lain, untuk guna Netflix anda perlu bayar menggunakan kad kredit mahupun kad debit. Semasa mendaftar untuk servis percuma sebulan anda perlu masukkan maklumat kad. Jangan risau, Netflix akan emel anda 3 hari sebelum tamat tempoh percuma untuk anda sambung atau tamatkan perkhidmatan. Sekiranya anda mahu sambung, baru Netflix akan caj kad anda. Sebelum itu, pastikan anda telah enable pembelian CNP (Card Not Present) untuk kad anda kerana mulai 1 Januari 2016, bank-bank Malaysia sudah deactivate servis CNP. Anda perlu menghubungi bank untuk aktifkan semula.

3. Boleh urus banyak profile

profile

Sekiranya anda ambil pakej yang boleh stream banyak akaun dalam satu satu masa anda boleh urus profile. Jadi setiap profile, Netflix akan syorkan konten-konten yang berbeza berdasarkan minat masing-masing.

4. Banyak siri TV dan filem terbaru

popular

Inilah part yang orang suka tentang Netflix, banyak siri TV dan movie terbaru yang boleh ditonton seperti yang popular House of Cards dan Spartacus. Ramai yang ternanti siri terbaru House of Cards di Netflix. Dan kebanyakan konten ada subtitle.

5. Boleh setting kualiti video

playback

Seperti YouTube, anda boleh kawal sendiri kualiti video yang dimainkan. Selalunya orang pilih Auto saja. Tapi kalau anda konfiden dengan kelajuan dan kestabilan internet anda apa salahnya pilih High setting.

6. Nak pilih Netflix ke iflix?

confused-baby

Simple, kalau harga menjadi isu anda pilih iflix. Kalau anda bukan penggemar konten-konten tempatan dan harga tidak menjadi isu, pilih Netflix. Apalah sangat RM51 sebulan, anda pergi makan Nandos dengan makwe pun sudah lebih RM50 sekali makan. Kalau makwe minta dessert mahu RM100 lebih bil makan. Atau potong Astro, subscribe saja both iflix dan Netflix.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram