Sudah banyak kami kongsikan kisah kembara di Vocket termasuk kembara solo ‘long term’ seperti mana yang dilakukan oleh ramai anak muda di masa kini, termasuk kisah Ajin.

Kisah beliau pernah kami siarkan pada tahun 2015, iaitu selepas Ajin mengembara selama 2 tahun. Anda boleh baca bagaimana Ajin ‘Hitchhike’ 9 Bulan Di Eropah Dan  Mengembara Lebih 2 Tahun Tanpa Mempunyai Apa Apa di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi untuk kali ini, kami tertarik untuk berkongsi luahan rasa ibu Ajin pula, iaitu Puan Rahmah Saad. Bagaimana seorang ibu merelakan anaknya keluar dari comfort zone dan kerja tetap yang menjanjikan kehidupan yang lebih terjamin, sebaliknya keluar mengembara dan mengutip pengalaman di jalanan.

ajin-6

Ikuti luahan rasa Puan Rahmah di bawah.

Izinkan Ajin tinggalkan ruang selesa

Genap dua tahun Razin membuka perniagaannya di Pnom Penh. Dari satu unit rumah kedai,kini dia menyewa sebuah banglow untuk menampung keperluan perniagaannya. Dia membuka galeri seni lukis , N o w h e re (Now here).

Bagi yang belum kenal, Razin atau lebih dikenali dengan panggilan Ajin di kalangan rakan-rakan dan pelanggannya, pemuda ganteng ini anak saya yang no 3.

Dia dulu pensyarah di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya, berhenti, travel the world, for 2 years hoping from one country to the other, jadi back packer. Orang muda sekarang cita-citanya tak sama macam orang dulu. Tapi orang dulu pun ramai yang jadi pengembara dan pelayar.

Dia dah berhenti baru dia bagitahu saya, tapi kalau bagi tau awal pun saya tidak larang. Anak lelaki, biar dia keluar kampung, tau rasa susah, fikiran terbuka.

ajin-2

Travel kerana seni, cari duit dengan seni

Dia travel kerana seni, terlalu passionate dengan bidang ini. Bukan travel suka-suka. Banyaklah aktiviti seni yang dia anjurkan, di negara mana dia singgah dan akan bertemu dengan komuniti seni di sana.

Dia travel dari Pulau Pinang, masuk thailand, Vietnam, Combodia, China, Uberkestan. Turki dan negeri-negeri di sebelah barat Eropah sampai ke Belanda. Semua melalui jalan darat dan untuk jimat duit dia jalan kaki 3000 km lebih untuk pergi ke beberapa buah negeri.

Bagi saya pengalamannya sangat menarik, tapi dia kata ramai pengembara, perempuan pun ada, bukan sesuatu yang luar biasa. Puas saya pujuk dokumenkan perjalanannya dalam bentuk buku, dia tak mahu.

ajin-3

Ada misi masa travel

Luar biasa bagi saya, dia solo traveler. Duit tak ada, sampai satu negeri dia bekerja untuk sambung perjalanan. Dia travel pun ada membawa misi – travel the world and make art.

Dua tahun dalam perjalanan ini. Kurus kering, makan tak tentu, tidur pun tak tentu, pernah tidur di bas stand, jauh nak balik, esok dah nak kerja. Yalah itu pilihan dia.

ajin-4

Mahu buat bisnes dan tinggalkan gaji lumayan

Dalam perjalanan nak balik selepas 2 tahun di perantauan, dia dapat tawaran kerja di Pnom Penh. Tak sampai setahun bekerja dengan majikan, dia berhenti.

Kali ini dia bagitau saya, terdiam juga saya. Gaji dalam USD, lumayan, tapi dalam hidup ini, lain orang lain yang dikejarnya. Dia berhenti tu nak buka galeri itulah, tarikh semalam dua tahun lalu.

Ketika dia bekerja di sana, dia melihat warga asing yang bekerja di sana, tidak ada pilihan di hujung minggu selain dari party dan drinks. Melalui galerinya dia anjur pelbagai aktiviti seni seperti wood carving, buat batik, jilid buku, melukis potret dan pelbagai pertemuan hasil kerjasama dengan artis lain. Alhamdulillah, nampak berkembang.

Kalau dia balik ke Malaysia, saya anjurkan talk dengan pelbagai organisasi untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda di sini. Bulan januari dia akan balik lagi.

Jalan hidup kita, kita yang pilih. Kalau kita pilih nak dok kat tang tu, kat tang tulah kita sampai ke tua. Saya pilih untuk berubah.

ajin-1

Ibu Ajin wanita tabah dan kuat

Bagi saya, ada sesuatu yang luar biasa tentang ibu Ajin ini. Selepas diselidik dan bertanya dengan Ajin, akhirnya Ajin membuka mulut.

Ibu dan ayah Ajin merupakan veteran dari akhbar Utusan Malaysia, kemudiannya  membangunkan perniagaan percetakan bersama. Namun kemudiannya perniagaan mereka terpaksa ditutup selepas ayah Ajin diserang angin ahmar.

Kini Puan Rahmah menjaga suaminya sepenuh masa di rumah. Disamping itu beliau turut menjadi penulis skrip bebas serta menerbitkan beberapa rancangan TV. Antaranya adalah rancangan bual bicara Dari Fail Doktor yang telah disiarkan sebanyak 2 musim di TV1.

Bagi Ajin pula, hingga kini beliau masih memegang kata-kata ibunya, “mak aku pesan simple je, nak buat apa buatlah. Janji jaga nama keluarga.”

Ajin banyak berkongsi hasil seni yang diusahakan oleh beliau di Instagram Syahrulfikri Salleh dan facebook page now.here.pp.