Sebut sahaja nama Shinkansen, anda pasti terus terfikirkan teknologi bullet train di Jepun ini. Shinkansen menjadi mod pengangkutan pilihan rakyat Jepun untuk bergerak ke sesuatu destinasi. Ianya sangat reliable sehinggakan penduduk Jepun tidak perlu menaiki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.

Shinkansen bukanlah sistem keretapi baru kerana ianya sudah beroperasi sejak October 1964 lagi bagi laluan Tokyo – Osaka . Dengan kepakaran lebih 50 tahun, boleh dikatakan negara Jepun adalah pioneer kepada teknologi bullet train ini.

shinkansen-1

Walaupun negara-negara maju seperti Jerman, Perancis dan China sudah mula mempunyai kereta api laju mereka yang tersendiri, tetapi Shinkansen tetap menjadi rujukan oleh negara-negara luar. JR Central, syarikat di belakang shinkansen ini akan bekerjasama dengan satu syarikat di Texas untuk menghasilkan laluan yang menghubungkan Dallas dan Houston sepanjang 380km.

India adalah contoh negara yang terbaru akan menggunakan kepakaran Jepun untuk sistem kereta api laju pertama di negara berkenaan. Laluan yang menghubungkan Mumbai dan Ahmadabad sepanjang 500km ini dijangka menelan belanja USD15 billion.

Shinkansen telah meletakkan standard tertinggi untk high speed rail (HSR) di seluruh dunia. Standard ini boleh dipecahkna kepada 4 perkara utama.

1. Ketepatan Masa

Tidak dapat dinafikan, kalau dari segi masa Shinkansen adalah kereta api yang paling menepati masa. Purata kelewatan shinkansen hanyalah 30 saat untuk setahun, ini pun atas faktor cuaca di mana angin kuat bertiup di sesetengah kawasan laluan shinkansen.

2. Selesa

https://www.youtube.com/watch?v=rFXi1cM9vO0&t=68s

Perjalanan shinkansen adalah sangat smooth dan anda sendiri tidak rasa anda sedang menaiki kereta api. Setiap kabin akan dijaga rapi terutamanya dari segi kebersihan. Setiap kali Shinkansen tiba ke destinasi, pekerja shinkansen akan membersihkan setiap inci bahagian penumpang. Seperti yang kita tahu, orang Jepun memang pembersih. Jadi penumpang pun sebenarnya tidak akan membuat sepah dalam shinkansen tetapi mereka tetap akan membersihkannya.

3. Laju

Perjalanan dari Tokyo ke Kyoto hanya mengambil masa 2 jam 15 minit untuk perjalanan jarak 500km. Kelajuan Shinkansen pula sekitar 320km/j. Disebabkan itu ramai yang menggunakan servis Shinkansen ini. Jika menaiki kereta untuk jarak yang sama, mungkin perlu mengambil masa sekitar 4-5 jam.

4. Selamat

Shinkansen adalah kereta api paling selamat di dunia. Mengapa saya kata begitu? Kerana sejak penubuhan shinkansen pada 1964, tiada satu penumpang shinkansen pun yang terkorban walaupun ketika tragedi gempa bumi kuat yang berlaku pada tahun 2011 di kawasan timur negara Jepun.

Sehingga ke tarikh ini, shinkansen adalah HSR terbaik yang menjadi sentiasa menjadi rujukan negara-negara dunia. Dengan kepakaran 50 tahun dalam bidang ini, shinkansen meletakkan standard tertinggi untuk setiap projek yang mereka jalankan. Siapa yang pernah menaiki shinkansen ini di negara Jepun, tahulah betapa bagusnya servis shinkansen ini. Apa pandangan anda jika shinkansen wujud untuk laluan Kuala Lumpur dan Singapura di masa akan datang?