Semalam keluar berita Prince Charles disahkan positif COVID-19. Warga Britons pakat terkejut lah macam mana ahli paling bangsawan dalam hieraki sosial mereka pun tak terlepas daripada wabak COVID-19 ni.

Kita di Malaysia juga geleng kepala bila baca. Punya dasyat COVID-19 dia terkam siapa saja tak kira kaya miskin, orang biasa, orang kenamaan, marhein atau elitis. No one spared.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal yang lebih kurang sama mengingatkan kita semua apa yang pernah berlaku di Tanah Melayu lebih kurang 102 tahun yang lalu. Lebih tepat lagi pada 26 Oktober 1918.

p3190964
Istana Bukit Chandan. Sumber: The Thrifty Traveller

Di istana Bukit Chandan, selepas 5 hari gering yang sangat teruk, akhirnya Tuanku Sultan Abdul Jalil Shah, sultan Perak yang ke-29 menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kemangkatan Sultan Abdul Jalil menjadikan beliau sebagai Sultan paling pendek masa pemerintahannya di negeri Perak, yakni selama 2 tahun 10 bulan sahaja. Kemangkatan Sultan Abdul Jalil sangat mengejutkan rakyat jelata,
yang sebahagiannya turut derita dengan suatu penyakit aneh yang sedang melanda Tanah Melayu ketika itu.

Apa yang diketahui waktu itu, ramai orang di Pulau Pinang telah mati akibat selsema, sesak nafas dan demam yang teruk yang kemudiannya merebak ke negeri Perak dan seluruh Tanah Melayu.

Tiada siapa hatta dikalangan pegawai kolonial British cakna, bahawa bencana yang sedang menyerang ini bakal menjadi serangan wabak paling dasyat dalam sejarah peradaban manusia.

Spanish Flu

AP_18006852068959
Sumber: Quartz

Ya, dan salah seorang mangsanya ialah Raja yang amat dikasihi rakyat, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Cuma apabila kita memandang semula sejarah, ada kekesalan yang timbul dan kita berkata dalam hati, “Kalau lah kolonial British lebih bersedia dan berwaspada..kalau lah”.

Spanish Flu mula menyerang di Pulau Pinang sekitar Jun 1918. Pada masa ini aktiviti entreport di negeri selat terutamanya Pulau Pinang berada di kemuncak sebagai platform hubungan sosial, perdagangan, pertukaran budaya dan aktiviti ekonomi.

Tanpa diketahui, peperangan Dunia Pertama yang sedang meletus di hemisfera barat bumi eropah bukan saja menjadi punca korban nyawa akibat rodokan benet, letupan bom atau bidikan peluru, tetapi yang lebih teruk di situlah punca meletusnya wabak Spanish Flu ibarat pantasnya kelajuan internet masa kini.

Begitu lah analoginya betapa pantas Spanish Flu merebak, merobek, membunuh manusia di segenap tanah dan benua tidak terkecuali di Tanah Melayu yang tembus melalui pendaratan kapal stim membawa warga asing masuk ke Pulau Pinang.

Di tengah perenggan aku menyebut perihal kekesalan. Spanish Flu sudah menyerang Pulau Pinang pada bulan June 1918. Serangan pertama ini mangsa dia cuma puluhan orang penduduk di sekitar Pulau Pinang.

Dalam beberapa minggu Flu ni reda tiba tiba. Akan tetapi geng British ni ambil mudah, mereka tak tunjukkan urgency atau apa apa tindakan drastik macam ketatkan regulasi kawalan wabak atau deployment para doktor dan jururawat ke Negeri Selat.

Emergency_hospital_during_Influenza_epidemic_Camp_Funston_Kansas_-_NCP_1603
Sumber: University of Melbourne

Ada sebab kenapa British buat tak kisah ni. Pada British, musuh utama wabak di mata mereka hanyalah cacar, hawar dan kolera. Tiga serangkai wabak ni pernah wiped out 12.5 juta rakyat India di bawah pemerintahan British. Paling teruk kena di Madras dan Calcutta sekitar tahun 1819-1820, yakni 100 tahun sebelum Spanish Flu pula datang serang pada tahun 1918.

Cacar, Hawar dan Kolera ni berlarut puluhan tahun. Memang British ada buat pusat Kuarantin, dan SOP untuk tangani tularan Cacar, Hawar dan Kolera di Pulau Pinang sejak 1870, tapi 3 penyakit ni simptomnya sama sekali tak sama dengan pembawa Spanish Flu.

Dengan kata lain, siapa siapa masuk ke Pulau Pinang dengan simptom selsema, tak ada problem di mata British. There you are. Ditambah pula dengan kepimpinan yang tak efektif, tak ada preventive measures,tak ada siasatan mendalam punca dan sebab.

Memandangkan flu dah reda, orang pun kurang mati so mereka pun kembali tenang kembali pekena curut. Time bomb menanti. Walaupun dalam sela masa tu, gabenor British di Afrika Selatan ada kirim telegram kepada gabenor British di Negeri Selat bagi amaran pasal bahayanya Spanish Flu ni, tapi tak ada tindakan wajar yang diambil.

Natijahnya, seawal Oktober 1918 Spanish Flue serang Pulau Pinang untuk kali kedua dan serangan kali ini sudah tiada kemaafan lagi! Direkodkan seramai 267 orang mati di General Hospital Pulau Pinang dalam selang masa 48 jam.

Serangan yang tiada maaf, menyerang ,menebrak ke serata pelusuk negeri dan kampung di masa ini British cuma mampu terkebil kebil sebab mereka tidak bersedia, tak ambil pengajaran dan pelajaran semasa serangan awal dahulu. Buat rileks dan chill sangat.

Bila British pun jadi harmless, rakyat lah yang terpaksa bangkit bantu sesama sendiri. Masa ni kita dapat tengok usaha baik masyarakat. Pedagang, kumpulan professional, bisnesman bergabung buat gerakan menyelamat.

history4
Sumber: Cilisos

Orang kaya contohnya Lam Wah Ee derma 18,000 pound sterling untuk salurkan ubatan dari Eropah ke kampung kampung. Tak kira lah anda Cina, Chulia, Mamak, Melayu, India semua dapat bantuan. Yang ada pengangkutan, tolong bawa ubat ke rumah pesakit, yang doktor di hospital datang ke rumah tak kira siang malam.

Semua berganding bahu cuba menyelamatkan apa yang boleh selamat. Akan tetapi pada masa tu, semuanya agak terlambat. Spanish Flu menyerang Tanah Melayu selama 41 hari. 41 hari yang jahanam!

Korban nyawa 1500 orang yang direkod di Pulau Pinang dan hampir 35,000 di seluruh Tanah Melayu. 35,000 kematian ni bukan sedikit tuan puan. Bayangkan lah 100 tahun dulu berapa kerat sangat penduduk Tanah Melayu yang ada.

Sebagai rujukan, Keseluruhan casualties akibat Spanish Flu ini dianggarkan 50 juta seluruh dunia. Gila! Hari ni 102 tahun selepas Spanish Flu, dan 200 tahun selepas Cacar, hawar dan kolera, Tanah Malaysia menerima pula kunjungan serangan wabak COVID-19.

Kalau 102 tahun dulu masyarakat Tanah Melayu berbilang kaum dah tunjukkan solidariti untuk bekerjasama, tolong menolong sesama sendiri, Adalah tidak mustahil generasi kita juga boleh buat benda sama, malahan lebih baik sekiranya nanti keadaan mendesak.

Kali ini aku kira nasib kita sedikit baik berbanding nenek moyang kita dahulu. Kita lebih bersedia!

Penulis turut berkongsi mengapa angka kematian wabak COVID-19 di Itali paling banyak ketika ini.

Kenapa Angka Kematian Wabak COVID-19 Di Itali Paling Banyak Ketika Ini

Ketua Pengarah WHO Guna Analogi Bola Sepak Untuk ‘Melawan’ Pandemik COVID-19