Resellers atau scalpers sudah jadi asam garam dalam dunia street wear ketika ini. Apa sahaja barangan edisi khas pasti akan diborongnya pada harga pasaran dan dijual kembali pada harga yang lebih tinggi.

Hujung minggu lalu Nike melancarkan model Air Max edisi khas bersama Parra dan ini bukan kolaborasi pertama antara dua pihak ini. Model ini dijual pada harga USD150 (RM610+-) dan sudah pun dijual kembali di laman eBay pada harga 4 kali ganda lebih tinggi!

Salah satu butik yang mendapat kasut edisi khas ini adalah Solebox di Jerman dan mereka tahu, dikalangan mereka yang dapat membeli kasut ini nanti adalah golongan resellers. jadi apa cara mereka atasi golongan ini? Mereka kenakan satu syarat yang sangat awesome kepada siapa yang ingin membeli kasut ini.

Syaratnya adalah setiap pembeli perlu memakai kasut Air Max 1 Parra ini ketika keluar kedai dan bermakna, setiap kasut tidak lagi dalam keadaan deadstock. Kondisi deadstock adalah penting kerana jika ianya dipakai walau hanya sekali, harga kasut ini akan jatuh.

Dapat dilihat para resellers ini gigih mencuci kembali setiap kasut yang dipakai sejurus keluar dari kedai. Jika ada tanda-tanda ianya pernah dipakai, tidaklah boleh dijual pada harga deadstock.

Syabas kepada Solebox. Diharap syarat ini dapat dibuat di Malaysia supaya sesiapa yang betul-betul mahukan sesuatu model dapat membelinya pada harga pasaran.