Cara orang ramai berbelanja kini sudah berubah kerana ramai yang mungkin lebih suka berbelanja secara dalam talian. Namun, perniagaan brick-and-mortar atau kedai fizikal masih lagi relevan dan menjadi tumpuan orang ramai.

Jika dibandingkan dengan pembelian dalam talian, mungkin terdapat ‘kekurangan’ yang boleh membantutkan minat untuk orang ramai membeli di kedai fizikal. Contohnya kurang info berkenaan harga terkini sesuatu produk atau tiada info tentang stok sesuatu barang di kedai.

Disebabkan itu sesuatu bisnes perlu mengambil langkah untuk upgrade cara mereka berniaga supaya servis yang mereka tawarkan dapat memenuhi kehendak pelanggan, meningkatkan produktiviti dan selamat.

Mungkin ramai peniaga yang sedang ‘pening kepala’ fikirkan cara untuk bersaing dengan pembelian online. Bagaimana jika terdapat satu solusi yang bukan sahaja dapat memastikan pelanggan membuat pembelian, malah menjadikan kedai atau perniagaan anda lebih efisien, produktif dan responsif? Solusi yang bukan sahaja buat pelanggan gembira tetapi anda juga boleh tersenyum.

Bila sebut tentang jenama Lenovo, anda pasti akan terus terfikir terus tentang peranti atau gadget yang mereka hasilkan.

Tidak terhad kepada penghasilan peranti dan gadget, Lenovo turut menawarkan servis yang dapat membantu para pemilik bisnes untuk meningkatkan digital presence mereka dalam kalangan pelanggan.

Bila dapat ‘pegang’ hati pembeli, mestilah dapat meningkatkan kadar keuntungan kan? Di sini Lenovo membantu merealisasikan perkara ini dengan adanya Internet of Things (IoT).

Internet of Things atau lebih nama singkatannya (IoT) merupakan satu teknologi yang membolehkan orang ramai berpeluang menghubungkan pelbagai barangan, software, data pelanggan serta data analitik di bawah satu bumbung.

Dalam erti kata lain, IoT dalam industri peniagaan berpeluang menghubungkan dunia fizikal bersama dunia digital yang pastinya sangat membantu pembangun bisnes dalam meraih jualan dan juga membuatkan pengalaman pembelian pelanggan lebih interaktif.

Semua ini berjaya dijalankan menerusi penggunaan solusi yang diperkenalkan Lenovo iaitu Lenovo ThinkIoT Smarter Retail Solutions. Retail Solutions Lenovo ini tonjol sebagai solusi yang menggabungkan prestasi, kuasa dan dalam harga yang berpatutan dalam satu sistem yang cekap. Ia mampu serasi dengan pelbagai format perisian Point Of Sale (POS) yang terkemuka sama ada dalam secara modular, semua-dalam-satu atau mudah alih.

Selain itu, Retail Solutions yang ditawarkan dalam pakej Lenovo juga boleh diubah-suai mengikut keperluan anda. Sudah tiba masanya untuk Lenovo ThinkIoT Smarter Retail Solutions membantu anda untuk melangkah lebih jauh di masa akan datang.

Apa sebenarnya Lenovo ThinkIoT Smarter Retail Solutions ini?

ThinkIoT Smarter Retail Solutions adalah solusi yang ditawarkan oleh Lenovo untuk membantu perniagaan brick-and-mortar untuk berkembang maju dan bersaing dengan perniagaan yang lain.

Solusi yang ditawarkan bakal menambah baik customer experience dengan memberikan mereka peluang untuk menambah baik sistem inventori sedia ada, product interaction dan menguruskan pekerja dengan lebih efisien. Solusi yang diterima pakai boleh juga berkembang dengan perniagaan anda. Penyelesaian bersatu Lenovo memudahkan dan melancarkan evolusi anda kepada pengalaman membeli-belah yang dipercayai dan disukai pelanggan anda.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh membantu untuk menjadikan kedai anda lebih selamat dan meningkatkan keyakinan pembeli pelanggan untuk membeli. Dengan kata mudah, ThinkIoT Smarter Retail Solutions ini adalah pengurus ‘maya’ anda yang bakal menyelesaikan pelbagai masalah dan pada masa yang sama membantu meningkatkan jualan anda!

Semua perkara ini, Lenovo ThinkIoT Smarter Retail Solutions boleh setelkan!

Secara ringkas dan pantas, ini apa yang Lenovo ThinkIoT Smarter Retail Solutions mampu buat kepada perniagaan anda.

Bawa masuk pelanggan baharu: Meningkatkan jumlah pelanggan melawat kedai anda menerusi pengiklanan bersasar dan customized digital displays. Bila mereka nampak apa yang ditawarkan di kedai, terus minat mereka akan meningkat.

Smart Shelving Solutions: Para pekedai berpeluang menyemak jumlah barangan yang tersedia pada rak dengan mudah. Hal ini secara tidak langsung membantu pihak pekerja untuk memastikan stok pada berada dalam jumlah yang optimum.

Meningkatkan kadar pembelian: Bila pelanggan tertarik dengan produk info yang interaktif dan digabungkan lagi dengan tawaran potongan harga contohnya, pasti mereka akan tertarik untuk teruskan pembelian!

Mengenal pasti pekerja dan pelanggan yang tidak sihat: Pengesan suhu berkualiti tinggi yang turut ditawarkan bersama dapat memantau setiap pelanggan dan pekerja sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik. Ini penting bagi memastikan kedai sentiasa dalam keadaaan selamat dan sihat.

Lenovo ThinkIoT Smarter Retail Solutions akan bawa anda ke peringkat seterusnya dengan bantuan Lenovo ThinkEdge SE50

Dalam usaha menjayakan Lenovo ThinkIoT Smarter Retail Solutions, peranti yang menjadi pilihan adalah Lenovo ThinkEdge SE50 di mana model ini melengkapi segala keperluan yang diperlukan pemilik bisnes atau rangkaian kedai.

ThinkEdge SE50 ini adalah sistem perkomputeran yang versatil untuk mengawal dan memproses real-time data yang diterima dan disimpan. Jadi, anda bakal mempunyai kelebihan sekiranya anda mahu mengembangkan bisnes sedia ada anda di masa akan datang.

SE50 ini juga bertindak sebagai penganalisis untuk menyalurkan real-time data kepada peranti IoT yang lain. Menjadi identiti Lenovo, SE50 ini adalah tahan lasak dan mampu beroperasi di kawasan dengan suhu 0° to 50°C, dan hadir dengan rating IP50.

Dioperasikan Windows 10 IoT Enterprise, Lenovo ThinkEdge SE50 bakal memastikan segala proses Lenovo ThinkIoT Smarter Retail Solutions dengan lancar serta menerusi platformnya yang mesra pengguna. Automatikkan aliran kerja merentas aplikasi dengan mudah menggunakan kod rendah, proses berpandu dan ratusan penyambung pra-bina.

Anda juga boleh memudahkan tugas rutin seperti pelaporan, kemasukan data, penjadualan dan banyak lagi. Secara tidak langsung, semua orang daripada peniaga kepada pembangun profesional boleh membina penyelesaian automatik yang selamat dalam satu platform yang mesra pengguna.

Dari segi spesifikasi, Lenovo ThinkEdge SE50 dikuasakan oleh Intel vPro® Enterprise, Intel® Evo™ Design beserta processor Intel® Core™ i7 generasi ke-12.

Bagaimana jika saya berminat dengan Lenovo ThinkIoT Smarter Retail Solutions ini?

Walau anda hanya mempunyai satu kedai fizikal sekali pun, Lenovo ThinkIoT Smarter Retail Solutions tetap boleh bantu perniagaan anda untuk berkembang.

Khusus buat pemilik kedai fizikal yang mahu tingkatkan pengalaman pembelian pelanggan serta mahu terus memastikan kedai kekal berdaya saing, Lenovo sedia menawarkan servis ini di mana para pemilik kedai boleh hubungi wakil jualan di Lenovo, Nicole Lim untuk jadualkan konsultasi.

Buat anda yang kaki gaming pula, ini laptop yang berkuasa untuk anda. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor

Lenovo Yoga Slim 7i, Komputer Riba Yang Nipis Dan Bergaya Untuk Anda