Nguyen Thi Phuong Thao merupakan peneraju dan CEO untuk untuk sebuah syarikat penerbangan kos rendah, VietJet Air. VietJet Air ditubuhkan pada Disember 2011 dengan Nguyen mahu memasuki pasaran penerbangan Vietnam yang sebelum ini dimonopoli oleh syarikat penerbangan negara berkenaan, Vietnam Airlines.

Namun dalam masa kurang 5 tahun, VietJet telah memegang 40% pegangan pasaran penerbangan di Vietnam dan menjadi syarikat penerbangan paling cepat berkembang di negara itu. Nguyen juga merupakan satu-satunya wanita yang memegang status billionaire di Asia Tenggara dengan kekayaan USD1.7 billion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ngu
Nguyen Thi Phuong Thao, CEO VietJet Air

Membangunkan sebuah syarikat penerbangan bukannya sesuatu yang mudah. Persaingan dalam pasaran penerbangan kos rendah juga agak sukar kerana apabila memikirkan tentang penerbangan tambang bajet di Asia Tenggara ini, pasti pengguna akan terus fikir tentang AirAsia.

Namun Nguyen mempunyai cara beliau yang tersendiri untuk menaikkan nama VietJet Air. Walaupun ianya agak kontroversi dan taboo buat penduduk Asia Tenggara yang sopan, Nguyen tetap ingin meneruskan idea pemasaran beliau. Caranya? Membuat sesi pengambaran model dan pramugarinya berpakaian bikini di dalam penerbangan VietJet Air.

Ternyata ianya mendapat respon positif kepada syarikat penerbangan berkenaan. Gambar photoshoot ini mula viral di media sosial dan ramai yang mula menempah tiket penerbangan VietJet Air. Mungkin mereka merasakan pramugari penerbangan VietJet akan berpakaian hanya bikini ketika melayan mereka sewaktu penerbangan.

Nyata mereka salah kerana VietJet Air mempunyai uniform penerbangan mereka yang tersendiri dan pakaian bikini ini hanyalah gimik semata-mata. Namun jika ada expo penerbangan yang melibatkan VietJet Air, akan tetap ada (bergantung kepada negara) model-model mereka yang berpakaian bikini dengan branding VietJet Air.

Vietjet Girls

Tidak hanya berhenti di sini, VietJet Air turut menghasilkan kalendar tahunan dengan pramugari beraksi seksi sebagai salah satu marketing tool untuk syarikat mereka. Kami tidak pasti sama ada ianya perlu dibeli atau dapat secara percuma. Mungkin anda boleh tanya VietJet Air secara terus tentang kalendar VietJet Air untuk tahun hadapan.

Dengan motto ‘Enjoy Flying!’, Nguyen nyata mahu penggunanya sentiasa gembira apabila menggunakan servis VietJet Air. “Kami tidak kisah jika orang ramai mengaitkan kami dengan bikini dan seksi. Jika ianya buat pengguna gembira, kami juga turut gembira,” kata Nguyen.

Pada awalnya, ramai yang mengecam cara pemasaran Nguyen untuk VietJet Air ini namun beliau biarkan sahaja dan let the success do the talking. Keputusan untuk membuat pemasaran radikal dan kontroversi ini berjaya menjadikan VietJet Air antara syarikat penerbangan yang dikenali di seluruh dunia dalam masa lima tahun sahaja. Ada yang pernah menaiki VietJet Air ke Hanoi atau Ho Chi Minh sebelum ini? Apa kata anda tentang servis penerbangan syarikat ini?