1. Pada Oktober 2010, John Henry berjaya membeli Liverpool FC dengan harga $480 juta. Sumber kekayaan beliau adalah melalui algoritma yang dibina sendiri untuk meramalkan harga turun naik pasaran kacang soya.

2. Setelah memperoleh Liverpool, budaya data analytics telah dibawa ke Liverpool dan Ian Graham dilantik menjadi Pengarah Bahagian Penyelidikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ian graham
Ian Graham, (Foto David Vintiner , The New York Times)

3. Ian Graham merupakan seorang saintis dan tidak meminati sukan bola sepak.

4. Pasukan Ian Graham terdiri daripada Tim Waskett, seorang pakar astrofizik. Dafydd Stelle, seorang bekas juara catur dunia yang juga pakar matematik dan Will Spearman, seorang pakar tenaga fizik tinggi dari Harvard University. Mereka berempat dikenal sebagai ‘the laptop guys’.

5. Mereka telah membina beribu algoritma untuk menganalisis statistik pemain. Sehingga kini, pangkalan data mereka mempunyai lebih seratus ribu pemain dari seluruh dunia tanpa perlu mengenali setiap satu pemain tersebut secara peribadi.

6. Dengan hanya melihat statistik, mereka mampu mengenalpasti pemain terbaik di setiap posisi pada satu-satu masa dan nilai sebenar semasa setiap pemain. Dari hasil analisis tersebut, mereka juga mampu menjangkakan nilai setiap pemain tiga hingga lima tahun dari sekarang seperti nilai penjualan Phillipe Coutinho kepada Barcelona.

7. Berkenaan Coutinho, secara tiba-tiba, Ian Graham telah disuruh untuk menyelidik seorang pemain kiri Inter Milan yang kurang dikenali — Coutinho. Statistik Coutinho amat memberangsangkan sehingga Liverpool segera membeli Coutinho dengan harga $16 juta secara senyap.

Menggunakan hasil algoritma yang dibina, pada ketika itu Coutinho dilihat sebagai pemain kiri yang terbaik yang underated dan nilai Coutinho akan meningkat hingga $160 juta dalam masa lima tahun.

Analisis mereka hampir tepat kerana akhirnya Barcelona membeli Coutinho dengan harga $170 juta pada tahun 2018.

8. Setakat ini, antara analisis yang membawa hasil adalah Jurgen Klopp, Naby Keita, Mohamed Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane, Phillipe Coutinho, Allison Becker, Fabinho dan Virgil van Dijk. Semua kritikal kepada kejayaan yang dikecapi Liverpool kini.

9. Pemain yang paling dikagumi oleh Ian Graham adalah pemain tengah Liverpool iaitu Naby Keita. Scout lain hanya melihat Keita sebagai versatile midfielder tetapi Ian Graham melihat Keita sebagai satu fenomena luar biasa. Ini kerana statistik Keita menunjukkan bahawa setiap kali dia memegang dan menghantar bola, peratusan untuk Liverpool menjaring lebih tinggi berbanding pemain lain.

10. Dengan menggunakan kaedah Data Analytics ini, Liverpool mampu bangkit semula dengan mendapatkan pemain terbaik dunia dengan harga yang lebih murah serta sesuai dengan ideologi permainan Liverpool yang sebenar.

Liverpool, the European royalty.

This year is our year.

H. Rahman

Sebelum ini timbul kegusaran sama ada Liverpool bakal menjadi juara liga atau tidak dengan perkembangan COVID-19 yang melanda dunia. Mereka bagaimanapun berjaya ditabalkan sebagai juara beberapa hari lalu selepas pertandingan kembali bersambung. Baca mengenai mereka di pautan di bawah. 

Coronavirus Mungkin Halang Liverpool Julang Piala Liga Perdana

Kontroversi Muslim Uighur Antara Sebab adidas Mahu ‘Buang’ Mesut Ozil

Maradona Tenang, Dirakam ‘Layan’ Dadah Sewaktu Mengurus Pasukan?