Nota Editor: Penggemar online streaming pasti sukakan tip ini. Dan juga buat para pendidik kerana ia akan membuatkan kelas lebih happening. Tutorial ini telah disediakan oleh Cikgu Anina Taty yang sedang berusaha mengumpulkan dana untuk surau sekolahnya. Dengan izin beliau, kami kongsikan semula di sini buat manfaat pembaca dan peminat Vocket.

Hello semua.
Assalamualaikum kepada yang beragama Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tadi tengah hari saya ada muatnaik gambar di Facebook tentang saya menyambungkan telefon pintar ke LCD atau projektor, nampaknya ramai yang berminat dan bertanya. Jadi saya rasa baiklah saya buat terus tutorial macam mana nak buat hubungan itu.

hp 1

1. Alat peranti khas

Untuk connect telefon pintar ke skrin projektor/TV, anda memerlukan sejenis alat seperti gambar di bawah ini. Saya membelinya dengan harga RM159.00.

peranti 1

Sebenarnya nak sambungkan telefon pintar ke TV sebab nak tengok Tonton/Showbox. Beli kabel tapi tak boleh detect, jadi saya pergi cari kabel lain. Rupa-rupanya port HDMI di TV itu perlu ada tulis HDMI-MHL baru boleh guna kabel untuk sambung dari telefon pintar ke TV.

peranti 2

Katakanlah tempat HDMI itu tak boleh nak masuk kepala dia dengan kabel, jangan risau kerana ada extra kabel untuk sambungan.

peranti 3

Kemudian, pasangkan kepala HDMI seperti di gambar bawah ini ke port HDMI di TV/projektor.

peranti 4

peranti 5

peranti 6

2. Sambungan sumber kuasa USB

Ia ada USB sebagai sumber kuasa di mana USB ini bersambung pada alat peranti itu. Maka, anda perlu cari USB port di TV/projektor untuk sumber kuasanya. TV saya ada USB port. Kalau TV/projektor anda tiada USB port itu, jangan risau kerana anda boleh pasangkan ia pada kepala pengecas telefon anda itu.

peranti 7

peranti 8

3. Pemilihan jenis TV atau projektor

Setelah itu, hidupkan TV/projektor anda. Dalam contoh tutorial ini saya menggunakan TV.

tv 1

Ada butang sumber di situ, nanti boleh pilih dari port mana anda nak pilih sumber itu. Di projektor pun ada juga ini. Kebiasaannya guna auto search sahaja jika di projektor. Jadi, anda sambung sahaja alat peranti ini. Jangan sambung kabel VGA di projektor kerana ia boleh mengelirukan apabila mahu pilih sumber nanti.

Ia akan keluar di skrin seperti di bawah ini:

hdmi 1

hdmi 2

hdmi 3

Apabila keluar ‘Ready to connect’, anda perlu lihat skrin telefon pintar.

phone 1

Di hujung bahagian atas di sebelah kanan itu, pilih kotak empat segi itu:

phone 2

4. Penetapan Menu

Kemudian, keluar paparan Menu begini:

phone 3

Pilih ‘Screen Mirroring’ dan akan terpapar di skrin telefon pintar anda seperti di bawah ini:

hp 2

Klik untuk connect:

hp 3

Dan di TV/projektor akan paparkan ini:

skrin 1

skrin 2

Apabila semua dah sukses, ia akan paparkan seperti di bawah ini pada telefon pintar:

hp 4

5. Pilihan paparan menegak atau melintang

Di TV/projektor anda akan ada paparan wallpaper telefon pintar anda. Ia kelihatan menegak dan ada banyak ruang hitam di tepi.

fb 1

Jadi, anda perlu pilih ‘On Screen Rotation’ supaya paparan menjadi melintang:

fb 2

fb 3

Ini contoh paparan dari telefon pintar di kaca TV menggunakan cara di atas:

hp

Catatan tambahan:

1. Kawalan suara terus dari telefon pintar.

2. Jika guna projektor, anda perlu pasangkan ia pada pembesar bunyi (speaker).

Lagu-Ost-Cinta-Si-Wedding-Planner

Jadi, selepas ini bolehlah anda berangan-angan sebentar sambil tengok Cinta Si Wedding Planner di Tonton dari telefon pintar ke TV/projektor.

Semoga bermanfaat!

Baca: Bagaimana Cetak Sendiri 50 Helai Sijil Kurang Dari 5 Minit Dengan Mudah

Baca: Bagaimana Tuntut Rebat Daripada TM Apabila Berlakunya Gangguan Internet

Baca: Bagaimana 7 Kabinet Dapur IKEA Diubah Menjadi Ruang Tidur Kreatif

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber