Pada malam Sabtu, berpuluh-puluh ribu orang membanjiri kawasan di tengah Seoul untuk meraikan Halloween – tetapi malang tidak berbau apabila orang mula membanjiri kawasan tersebut sehingga ia sesak dan sukar bernafas.

Sehingga Ahad, jumlah kematian meningkat kepada 154, dengan berpuluh-puluh lagi cedera. Pihak berkuasa kini telah melancarkan siasatan segera untuk mengetahui apakah punca disebalik kejadian ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam laporan yang dikeluarkan CNN, difahamkan bahawa pada malam kejadian, tidak ada kawalan daripada pihak berkuasa ke atas pengunjung yang hadir.

Video dan gambar yang disiarkan ke media sosial menunjukkan orang ramai bebas bersesak-sesak, berdiri bahu-membahu di jalan yang sempit tanpa ada pihak berkuasa yang mengawal banjir manusia yang hadir untuk meraikan Halloween.

Kawasan ini dikatakan memang terkenal dengan acara Halloween dan orang ramai dari seluruh Korea Selatan akan turun ke Seoul untuk meraikan acara yang sudah dua tahun tidak disambut akibat wabak COVID-19.

Namun pada hari kejadian, seorang saksi berkata ia merasakan seperti ada yang tidak kena. Ini semua terjadi selepas beliau mendengar jeritan dan panik orang ramai yang bergabung dengan bunyi muzik dari kelab dan bar disekelilingnya.

https://twitter.com/mashsomethingyo/status/1586565172352671747

Selepas panggilan kecemasan pertama masuk sekitar jam 10:24 malam, pihak berkuasa bergegas ke tempat kejadian – tetapi jumlah orang yang ramai menyukarkan mereka untuk membantu mereka memerlukan.

Dalam satu video, kelihatan beberapa pengunjung memijak pengunjung yang lain. Selain itu, berlaku juga tolak menolak antara mereka sehingga ada yang akhirnya mengalami sesak nafas.

Setakat ini, difahamkan mangsa yang terkorban adalah anak muda, kebanyakannya dalam lingkungan remaja dan awal 20-an, kata pihak berkuasa.

Antara 154 yang maut, sekurang-kurangnya 26 warga asing dari Amerika Syarikat, China, Iran, Thailand, Sri Lanka, Jepun, Australia, Norway, Perancis, Rusia, Austria, Vietnam, Kazakhstan dan Uzbekistan .

Jumlah korban termasuk 56 lelaki dan 97 wanita, lapor Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan. Kementerian Pendidikan Korea Selatan berkata pada hari Isnin bahawa enam pelajar sekolah adalah antara yang maut dan tiga guru juga meninggal dunia.