Okay, sebelum kita terbang nun jauh ke Jepun, nak cerita sikit tentang serangan panik atau penyakit panik. Dengar kata ramai yang tak tahu apa tu serangan panik.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Serangan panik adalah satu simptom psikologi dimana pesakit akan rasa berdebar, pernafasan laju dan pening-pening lalat. Simptom berbeza di antara pesakit dan serangan panik boleh dihidapi oleh semua lapisan masyarakat tak kira tua atau muda.

Nak dijadikan cerita, saya terkena serangan panik ini pada bulan Ogos tahun lepas. Tengah lepak berborak dengan kengkawan kat kedai tepi jalan. Sejam jugak lah duduk borak.

Tiba-tiba, dengar dentuman, macam letupan pun ada. Sangat kuat. Kami pun bergegas kat tempat kejadian, ada kemalangan.

Sampai-sampai terus nampak seorang penumpang ni tercampak keluar dari kereta. Menggelupur sebelum meninggal depan mata saya. Terkejut saya. Dahla malam tu saya drive balik sorang.

Dalam perjalanan balik ke ruman, saya rasa lain macam dan berhenti tepi jalan kejap. Rasa macam nak pitam ada, badan menggigil, jantung laju, berdebar je rasa.

Lepas tenangkan diri baru boleh drive balik. Tapi bawa perlahan sangat. Lepas tu saya tak boleh dah pegang stereng.

Saya ingatkan mungkin selepas malam tu saya akan beransur pulih. Rupanya lepas tu seksa juga lah. Dalam seminggu, 7 kali pergi wad kecemasan.

Tiap malam saya tak boleh tidur. Selalu risau dan selalu gigil ketakutan. Masa saya kena tu saya ingatkan kena sakit jantung. Sampai lah sebulan baru doktor sahkan bahawa saya ada penyakit panik.

Saya jalani rawatan selama 8 bulan. Tak baik. Terus buat keputusan nak pergi Jepun. Hendak mencari semangat yang hilang.

tip-travel-ke-jepun-6

Kembara ke Jepun backpacking style

tip-travel-ke-jepun-5

tip-travel-ke-jepun-7

Pergi Jepun 5 hari, dengan 2 orang member. Anggaran dalam RM3000. Naik AirAsia. Perasaan risau tu ada jugak. Iyalah, negara orang kan. Saya pun belum pernah pergi.

Tapi tak ku sangka. Rupanya dalam 2 hari sahaja, penyakit panik saya hilang! Lenyap! Saya terus baik. Syukur.

Saya ke kawasan Hokkaido. Hari kedua, tatkala jam menunjuk 12 malam, saya berjalan berseorangan di Susukino. Buat mereka yang tidak tahu, mereka yang ada serangan panik tidak wajar dibiarkan keseorangan.

Dan mereka yang menghidapi sakit ini tidak suka tempat-tempat yang sibuk. Susukino pulak macam area Bukit Bintang, ramai orang dan banyak pusat hiburan.

Andai di Bukit Bintang, memang saya takkan berani jalan sensorang dengan penyakit ni. Risau jadi apa-apa, boleh pengsan. Tapi di Susukino, saya rasa selamat. Selamat yang amat sangat (nak tekankan betapa selamatnya saya rasa. Haha).

Baca: 9 Perkara Yang Saya Pelajari Sewaktu Travel Solo Dan Merubah Pandangan Tentang Hidup

tip-travel-ke-jepun-2

tip-travel-ke-jepun-3

Jalan-jalan di Susukino, Jepun

tip-travel-ke-jepun-4

Gambar 2 : Jalan-jalan di Susukino, Jepun

Walau tempat itu ramai orang. Semua orang ikut peraturan. Tiada yang terkecuali. Malah saya pun jumpa member baru. Orang Jepun ni peramah. Kami bercakap guna translator. Haha. Lawak pun ada tapi macam tulah kami sembang 2 jam.

Bila hilang penyakit panik saya tu, maka lepas tu saya membuat keputusan pergi Filipina sensorang. Haha.

So, siapa rasa yang dia ada penyakit panik atau selalu rasa cemas selalu, disarankan pergi ke Jepun. Kita akan rasa cepat selesa dan tenang kat sana.

Baca lagi: 10 Pengajaran Yang Aku Dapat Sewaktu Mengembara Solo

Artikel di atas disumbangkan oleh Alif Haikal. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group