Selepas sepetang tadi berada di pejabat berkemas, malam ini aku bawa isteri tercinta keluar makan.

Yela, penat tu penat la jugak. Ulang alik jalan kaki, dah makan masa 40 minit. Tapi demi keluarga kan? Haha.

Nak dijadikan cerita, ditakdirkan malam ni waktu nak turun teksi untuk ke restoran Tche Tche di Arabella Mall, duit pecah untuk bayar teksi tak ada. Yang ada paling kecik pun 5JD. Teksi pulak minta 1.50JD sebagai caj.

Tak kisah pun pasal teksi tu, cumanya brader teksi ni pun tak ada duit kecil. Adehai. Tengok kiri kanan, masalahnya kat mall, mana la ada kedai-kedai runcit weh nak tukar-tukar duit ni.

Then ternampak la pakcik umur 50 an sorang ni tengah jual jagung. Terpaksa lah juga tanya pakcik.

“Salam Ammu, ada duit pecah tak 5JD. Aku nak bayar teksi ni. Aku tak ada duit kecil. Brader teksi pun tak ada duit kecil.”

Pakcik tu jawab,

“Alaikummussalam. Wallahi kau orang ke-2 yang tanya aku pasal duit pecah malam ni. Aku tak ada duit pecah 5JD, tapi aku ada 1JD. Berapa teksi kau? Ambik la 1JD ni bayar teksi”.

Hmm. Terkedu kejap.

Terkedu sebab 1JD yang pakcik tu bagi tu, dia keluarkan dari poket seluar jeans lusuh dia, yang mana duit tu je yang ada.

Seriously aku cakap, kat Arab ni (sekarang aku di Jordan) kau nak jumpa orang pemurah serius susah. Biasanya kalau main bab duit ni, boleh gaduh beb. Tapi ammu ni tenang je bagi duit 1JD kat aku walaupun dia sendiri tak ada duit. Lagi 50 sen, dah ada dalam poket aku.

Aku bayar teksi tadi, lepas tu, aku jumpa pakcik tadi cakap kat dia, “nanti saya datang balik tau untuk bayar duit pakcik. Pakcik lama kat sini kan?”

Sekali lagi jawapan ammu ni bagi, cukup menusuk kalbu.

“Ya Malizi. Tak apa. Kalau kau ingat kau datang la bayar. Kalau kau lupa pun, aku halalkan. Kau jangan risau, pergi la masuk dalam”. Aku pun berlalu menuju ke pintu mall.

Lepas beberapa langkah aku jalan, aku rasa macam hati tak tenang. Sebab jarang sangat-sangat jumpa orang sebaik ammu ni.

Last skali, aku pusing pergi kat pakcik tu balik.

“Pakcik, tadi aku cari duit pecah 5JD untuk bayar teksi. Pakcik tak ada duit pecah tapi pakcik bagi saya 1JD untuk selesaikan urusan saya.

Saya rasa takdir Tuhan nak bagi 5JD yang saya nak pecah tadi ni kat pakcik. Ambiklah, hadiah dari saya. Pakcik orang baik. Antara paling baik pernah saya jumpa.”

Mula-mula ammu macam tak nak ambil. Last-last bila dah pujuk pakcik ambil juga, sambil doa panjang-panjang dan pujian melambung terhadap pelajar Malizi.

Serius, pakcik macam ni jangan kata kat Arab, kat Malaysia pun susah nk jumpa. Orang tak kenal pun dia sanggup tolong.

Kadang-kadang Allah hantar orang macam ammu ni untuk uji, setakat mana kita hargai pemberian dia. Tak semua pemberian Tuhan hari-hari tu untuk kita. Ada sebahagiannya untuk orang lain. Cuma kita je sedar atau tak.

Nota: 1JD = RM5.90

kisah-jordan-1

Dan inilah yang telah tuhan balas kepada aku 2 hari kemudian.

Semalam jam 12.30 malam, aku tahan teksi untuk balik ke rumah. Teksi tu dah ada penumpang, tapi disebabkan dah agak lama aku tunggu teksi yang tak mendatang, aku pun naik jugak.

Dengan bawak barang sekotak besar, nasib baik muat letak kat seat penumpang belakang.

Brader pemandu teksi pun cakap “Sodiq, aku hantarkan kawan ni kejap then aku hantar kau ye”. Aku pun anggukkan saja. “Ya baik, mush muskilah”.

Jauh jugak sebenarnya rumah brader tu atas sikit dari Mujamma’ Aghwar.

Kiranya senang cerita, dari Hijazi (tempat aku naik teksi) dengan rumah aku asalnya 5-10minit je. Ini, dari Hijazi ke Mujamma’ Aghwar saja dah dekat 15minit beb.

Mula-mula dalam kepala, aku teringat kes sorang budak Melayu kena pau atas bukit hari tu. Jalan cerita lebih kurang macam aku la. Naik teksi sorang-sorang dan dibawa ke satu bukit. Then kena pau dan ditinggalkan. Adeh.

Tak lama lepas tu, hahaha. Penumpang depan tegur aku, “Hala Abboud”. Aik, aku dah tercengang sape pulak. Kalau panggil aku Abboud ni, Arab yang kenal aku je.

Sekali bila dia pandang belakang, haha rupanya Anas, adik kepada Malik, tokey kedai handset dan aksesori T-Mobile kat Syari’ Jamiah (jalan universiti).

Power tak power ingatan dia orang beb. Respect betul aku kat dia orang.

Sebab sebenarnya aku dengan Aanas ni bukan baik pun. Malik (abang dia) yang baik dengan aku. Anas ni, kenal aku pun sebab aku bergaduh dengan dia hari tu pasal handset aku yang aku hantar ke kedai dia bermasalah.

Sejak gaduh dengan dia la, aku tak pergi dah kedai dia. Sekali, hari ni jumpa dia, dia tegur. Kau tengok hati dia orang. Ada tak macam orang kita? Yang kalau gaduh sikit, boleh bawak sampai ke mati tu.

Sembang-sembang, dah sampai destinasi rumah Anas. Selesai hantar Anas, brader teksi tu hantar aku pula. Dalam teksi dia tanya, macam mana kau boleh kenal dengan mamat tadi.

Jadi aku cerita la sikit-sikit pasal Malik Tapi tak cerita la pasal aku gaduh dengan Anas dulu. Benda dah lepas kan. Cerita punya cerita, akhirnya sampai rumah aku pula.

Dari rumah Anas, pusing balik nak ke rumah aku dalam 15 minit lagi. Jadi jumlah semua, dalam 35 minit perjalanan.

Dalam hati aku dah mula risau berapa pula aku kena bayar ni. Sebab kebanyakan teksi sini ramai juga jenis ketuk pelanggan.

Sampai rumah aku, aku tanya “berapa sodiq?”

Teka dia jawab apa?

“Berapa je kau nak. Aku tak kisah. Kau naik dengan aku pun dah kira kau baik hati, tak kisah pergi jauh-jauh. Kau pun baik dengan mamat tadi, berapa je kau nk bagi aku terima”.

Akhirnya aku bagi 1.50JD. Aku tanya cukup tak? “Wallahi kau bagi berapa pun lebih dari cukup. Kau muhtarom, baik, tak ada masam-masam muka walaupun tengah angkat barang banyak”.

Aku hanya mampu balas dengan terima kasih, senyuman, dan kalimah assalamualaikum. Tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu tahap syukur aku macam mana.

Maka aku pun berlalu lah dengan tenang dan bahagia menuju ke rumah.

Alhamdulillah, mungkin berkat dan kemurahan rezeki Allah bagi melalui kisah “TEKSI, PAKCIK JAGUNG DAN 5JD” tempoh hari.

2 hari lepas Allah uji dengan teksi. Kali ni Allah balas balik dengan teksi juga. 35 minit dengan teksi, dengan jarak perjalanan yang jauh, minima sepatutnya 3.50JD. Dapat 1.50JD sahaja.

Percayalah. Bumi Syam masih ada berlambak-lambak kebaikan didalamnya. Bukan sekadar peperangan, pergaduhan dan perangai jahiliyah umat Arab di sini.

Baca lagi: 15 Tahun Sebagai Kontraktor, ‘Rezeki Dari Dia’ Buat Kami Tepis Duit Kopi