Salam Syawal buat semua pembaca Vocket dan masih terlambat rasanya untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya. Bagaimanakah kemeriahan Hari Raya anda pada tahun ini? Pasti ramai yang segak bergaya dengan pakaian serba baru.

Buat golongan muda pastinya masing-masing tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dan bergambar dengan gaya masing-masing untuk dimuat naik di Instagram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memandangkan kini ramai yang lebih selesa bergambar menggunakan smartphone, kami ingin berkongsi kepada salah satu tips untuk mengurangkan storan smartphone tanpa perlu membuang gambar-gambar raya anda.

Menggunakan ‘cloud storage’

Salah satu cara termudah untuk menyimpan gambar Raya anda adalah menggunakan ‘cloud storage’. Buat anda yang pertama kali mendengar mengenai terma ini, cloud storage merupakan servis dimana aplikasi ini akan menyimpan gambar anda secara maya.

Apa yang lebih baik, anda boleh mula menyimpan di cloud storage secara percuma. Jimat ruang storan di smartphone anda.

Bagaimana untuk mula menyimpan di cloud storage

Sebagai permulaan, kami cadangkan anda untuk mula menggunakan aplikasi Dropbox dan Google Drive. Dua aplikasi yang kami cadangkan ini dipilih berdasarkan cara penggunaannya yang sangat mudah. Anda hanya perlu tekan pada butang upload atau ‘+’ dan pilih gambar yang ingin anda muat naik.

Kedua-dua aplikasi ini juga tersedia di Android, iOS dan juga di desktop.

Adakah ianya selamat?

Setakat ini pelbagai aplikasi yang menunjukkan ianya selamat untuk digunakan. Setidaknya tidak mudah untuk diakses sewenang- wenangnya oleh orang awam.

Berapa banyak gambar selfie mampu disimpan cloud storage?

Twitter: @DaiyanTrisha

Untuk pengetahuan anda, anda mampu menyimpan gambar di cloud storage sehingga 80 GB menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia secara percuma. Anda boleh ikuti tips ini untuk dapatkan akses 30 GB percuma dan 50 GB lagi menggunakan servis daripada MEGA.

Dalam erti kata lain, menyimpan gambar selfie atau #OOTD anda sebanyak 1000-2000 gambar bukan lagi suatu masalah besar.

Sekian sahaja tips pada kami pada kali ini. Sekiranya anda sudah lama menggunakan servis cloud storage serta mahukan ruang storan yang lebih banyak, perbandingan harga diantara servis cloud storage ini mungkin lebih sesuai buat anda.